Monday, May 20, 2013

Menu Sihat - Ikan Jenahak Ala Stim

Assalamualaikum...
Pagi ni hujan turun mencurah-curah di bumi Pulau Pinang...Alhamdulillah, sudah banyak ari cuaca panas terik jer.Pokok tanaman pun kembali segar, tak payah nak siram bagai dah.
Dua tiga ari ni tuan tanah tak bape sihat sket.Bukan teruk sangat, sampai xleh bangun.Cuma sakit tekak jer.Perit dan pedih jer tekak ni huhu.
Hari ni saya nak kongsikan satu menu sihat versi campak2.Ekceli my laling request menu camni..nak jaga kesihatan katanya.Haitu dia wat Health Screen, banyak yang melebihi limit huhu.So, kena kurang minyak,dan kurang segala-galanyalah.Tak taulah berapa lama tekak bleh tahan ngan menu rebus, stim dan bakar ni yea...Apapun Ikan Jenahak Ala stim ni memenuhi selera kami sekeluarga.Anak2 pun makan...kalau makan ikan stim kat luar, suma pakat ceduk kuah jer..maybe boring kot sebab kaler jernih jerr...
campak2 ajer apa yang ada dalam esbok..walaupun tak cukup sifat..tp sedap..licin my laling hirup kuah..

RESEPI IKAN JENAHAK ALA STIM
By : lina pg

Bahan-Bahan:
  • 4 ketul isi ikan jenahak
  • 1 biji lemon
  • 2 ulas bawang merah (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (hiris)
  • 2 batang celeri (hiris)
  • 3 batang serai (hiris)
  • 1 biji cili merah (hiris nipis)
  • 5 biji cili padi
  • 1 cm halia (mayang)
  • Tomato (belah)
  • Sedikit garam
  • 1/2 kiub pati ikan bilis
  • 2 sb sos ikan
  • Sedikit minyak
  • Air
Cara-Cara:
  1. Isi ikan jenahak dibersihkan dan dilap dengan kitche towel.Perasakan dengan sedikit garam dan perahkan jus lemon ke atas isi ikan (lina pg guna sebelah lemon)
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, serai dan halia hingga wangi dan sedikit layu (jangan sampai garing)
  3. Masukkan air, tomato, celeri, cili merah, jus lemon,juga kiub ikan bilis dan juga sos ikan.Biarkan mendidih sebentar.Jangan letak garam sebab ikan dah diperap ngan garam
  4. Masukkan isi ikan, sesuaikan rasa.Tambah garam/perasa jika perlu.Renihkan sebentar hingga ikan masak.Tutup api

9 comments:

Asyifa Mustaffa said... Balas

sedapnya ikan jenahak..menu cmni sedap kak...elok gak utk diet ni..

EmbunRosaliza said... Balas

Menu sihat selalunya anak2 tak suka,lagi suka yg berlemak atau bercilikan, akk pun suka mkn ikan kukus mcm ni

combi said... Balas

sedap sedap :D

LiNa_Pg said... Balas

@Asyifa Mustaffa
Saja nk lari dari kari atau masak merah...wat camni lak...sdap jugak hehe

LiNa_Pg said... Balas

@EmbunRosaliza
Betul tu kak rosa...kalau ikan stim(kedai) budak2 tak bape suka..katanya ikan tak rasa apa huhu..

LiNa_Pg said... Balas

@combi
Sedap la kat tekak kami sekeluarga

zila norazila said... Balas

zila pun suka mkn camne..brtambah nasi ..suka kuah lebih ..:)

Norzila Zakaria said... Balas

sedapnye stim gini kak lina..mau tambah ni ..cane nak diet

ezzyra said... Balas

kt sini pon hjan jgak..ptg sikit baru berenti..

sedapnya ikan.

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...