Friday, November 1, 2013

Resepi Sup Gear Box Cara LiNa Pg

Assalamualaikum...
Stock Clearance tulang raya korban aritu.Lega rasanya bila tengok daging dan tulang korban dah selamat semuanya.Bukan apa sayang la kalau lama sangat dok betapa dalam esbok.Nanti hilang manisnya.Banyak jugak daging dan tulang pemberian adik dan adik ipar (suami isteri).Kali ni dapat bahagian gear box, selalunya kalau beli saya cuma beli bahagian tulang rusuk.Kalau gear box..sup sajalah yg paling sesuai..
Okey jom tengok cara LiNa Pg masak sup gear box.Kalau yg dah pakar ignore sajalah cara saya ni..
End product dia camni..daun sup tu saja tak potong sebab anak2 tak makan..

Sup Gear box cara saya...jom kite tengok
 Tulang dibersihkan, dan masukkan ke dalam periuk yg besar, tutup periuk.Buka api kecik jer..knob dapur gas tu ke bawah.JANGAN LETAK AIR.Apa??takut hangusss...Jangan risau InsyaAllah tak hangus sebab api kecik jer.
Dalam masa setengah jam, jus dari daging dan tulang akan keluar.Rupa dia camni.Nampak tak kaler daging dah bertukar jadi pucat.
 Pas setengah jam tu,kena check selalu takut hangus..Ni anggaran 40-45min..jus tadi hampir kering.Tengok dah tadak yg berbuih tu kan?
 
 Kemudian tambah air hingga tenggelam segala tulang tu.Time buka api besar, cepat sket mendidih.LiNa Pg rebus tulang hingga sejam.Tambah air jika kurang.Boh garam sket
 Pas sejam tutup api, biarkan kuah sejuk..saya simpan semalaman..nk cepat boh ajer dalam peti ais supaya lemak2 membeku.Tips ni saya belajar dari kak Nor Secubit Garam.
Hurmmm lambat boleh makan yea....kalau nk sihat memang lambat..kalau nak cepat, silalah makan dengan lemak2 tepu tu sekali hehehe..Pilihan di tangan anda
 Lemak dah beku, boleh lah dikeluarkna.jangan lak pas beku ni korang cairkan balik.Bayangkan lemak2 tepu masuk dalam badan kite.Ishhh ngeri rasanya lemak2 ni berkumpul dalam saluran darah.Tu yg macam2 penyakit tu...
 Lemak yg berjaya disingkirkan
 Kite sambung nx step...Tumiskan rempah 4beradik (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan pelaga)Masukkan ke dalam kuah sup.Masukkan juga tumisan bawang merah goreng dan sup bunjut
Pastu masuk kentang, karot atau apa2 sayur.Sesuaikan rasa dengan garam dan gula/perasa.Renehkan hingga semua bahan empuk.Bila hampir masak, baru masukkan celeri.Perahkan asam limau nipis dan masukkan cili padi.Jika tak suka masam pedas...Tak payah letak
Taraaaa...dah siap sup gear box..boleh jugak ditabur bawang goreng, daun sup dan daun bawang.Saya tak letak sebab anak2 xmakan

*******************************
Selit2 order hehe

RVC deko paling sempoi..Tuan punya req..atas putih, tepi ada serdak.Atas xmo serdak...Adeh nampak hilang seri lak kat atas.Tulisan kecik jer...nak bunga rose jer sekuntum..Love ke bunga kecik2 xmo.Deko pun xmo.Serdak sket jer xcukup nk letak penuh2 di keliling kek tu..takpolah janji ada serdak kat tepi.
 Kek karamel..suka lak tengok kek ni

16 comments:

asyifa mustaffa said... Balas

sedapnya sup tulang tu...
cntik la kek karamel k.lina....:-)

EmbunRosaliza said... Balas

Sedapnya sup gear box, teringat sup bonda pulak, raya hari tu tak sempat pun merasa perut penuh sokmo

tun_telani said... Balas

alahai.. terkenang2 kampung halaman terchenta.. menu wajib mama tun time raya haji :)

Amie said... Balas

Sup yang menyihatkan, walaupun kena buat kerja lebih sikit tapi puas hati dapat singkirkan banyak lelemaknya tu. Tulang korbana saya dah habis, tinggal daging manisnya je, tapi tak tau nak masak apa.

LiNa_Pg said... Balas

@asyifa mustaffa
Sup tulang memang sedap kan..hirup2 kuah sampai kering hehe

LiNa_Pg said... Balas

@EmbunRosaliza
Sup tulang yg bonda buat memang terbaek..buat sendri rasa tak akan sama..tp boleh la kan

LiNa_Pg said... Balas

@tun_telani
Tun, kalau raya haji setiap umah ada hidangan sup tulang..tp kalau di masak oleh orang2 tua..rasanya lain...sedapnya tu sangat istimewa tambah lak kalau bonda yg buat

LiNa_Pg said... Balas

@Amie
Betul kak amie..sedap dan sihat...
saya dah clear dah peti ais dari daging n tulang korban

Qashmere said... Balas

Sedapnya sup tulang... nyummy...

ezzyra said... Balas

sgt sedap sup tu..

mama sara nur said... Balas

Assalam lina
Ada meehon sedap ni he hee jd meehon sup
Betul2 buang lemak utk kesihatan

zila norazila said... Balas

Sedapnye lina..dh lma zila x buat sup..mkn n smbl kicap sedap ne..mau berpeluh.

Sarah Talib said... Balas

sedapnya sup gearbox...makan dgn moi dan cabai kicap..meletop

lakasa blue said... Balas

oh sedapnya sup gear box

jom tgk gear box meleleh
http://youtu.be/KZcvfKspU9c

Jessica Abdul said... Balas

Best best . . . TQ share tips . . . :)

Jessica Abdul said... Balas

Sedang masak sup gearbox nie . . . :D Bytheway yes, kek karamel tu cantik & nampak sedap ! Nak cari juga . . .

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...