Friday, March 6, 2015

Resepi Honey Prawn Sedap Selamanya

Assalamualaikum...
Rasanya dah agak lama tak buat Honey Prawn ni.Seakan sudah terlupa ngan resepi.Bial en.lalink beli udang nmpk saiznya agak besar.Cam sayang pulak kalau just masukkan dalam gorengan bihun atau sekadar lauk sampingan dalam Tom Yam.Ingat nak buat Udang Goreng Telur Masin tp telur masin lak dah abes...Fikir2 baik buat Honey Prawn (HP) ni dah lamaaaaaaa tak merasa keenakan udang bermadu ni.Alhamdulillah mmg kompom peberet selamanya....anak2 mmg hepi bila buat HP ni.Makan penuh selera...Walaupun ini hanya siaran ulangan, tp saya tepek gak la resepi senang nk tengok xyah cari2 dah..
 HP pose dalam taman hijau hahaaa...

RESEPI HONEY PRAWN
By: LiNa Pg
Asal: DayangJack

Bahan-Bahan 
  • 10 ekor udang saiz besar 
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 1 biji cili merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
  • 2-3 biji cili api (diketuk)
  • 1 sudu besar cili giling (LiNa Pg tambah rcp asal xde)
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan jus lemon (kalau xde, boleh guna jus limau kasturi, limau nipis atau jus oren)
  • sedikit daun ketumbar (dihiris)
  • 1/2 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos ikan (LiNa Pg tambah rcp asal xde)

Cara-Cara
  1. Udang dibersihkan, belah belakang dan buang kotoran.Cuci bersih.Perasakan dengan garam kunyit dan tabur tepung jagung.Goreng hingga garing.Ketepikan
  2. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar dan cili giling hingga garing dan pecah minyak
  3. Masukkan madu, kicap, sos cili, sos ikan.Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar.
  4. Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.
****boleh tambah sos tiram atau garam jika suka (terpulang pd citarasa sendiri)

Resepi sangat mudah..tp rasanya memang lazat.Dah berapa kali ulang siar pun dah tak ingat 

3 comments:

Bbwana adienia said... Balas

wow..udang madu pula..erm, mesti sedap rasanya ni kan kak..

LiNa_Pg said... Balas

@Bbwana adienia
Dah xtau berapa kali siaran ulangan ni wana..masa tengah meleTOP dulu dah berulang kali dah hihihi

zana fahmi said... Balas

Kakzana saved link Lina. Anak akak tu nak mkn udang mayonis je, naik bosan ibu dia.

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...