Resepi Ketam Masak Lemak Bersama Nenas

By LiNa_Pg - Thursday, March 19, 2015

Assalamualaikum...
Ketam Masak Lemak dah lama buat,minggu lepas lagi ni..pas buat Ketam Telur Masin tu husband g beli lagi ketam huhu...tp si bininya malas dah nk ulang yg sama, masak menu lain pulak.So rasa cam lamaaaa tak buat masak lemak..ada lak nenas masukkan sekali la dalam masak lemak ni...Ermmm dap

Ketam pose dalam pinggan klasik hahahaaa...
RESEPI KETAM MASAK LEMAK BERSAMA NENAS

Bahan-Bahan:

  • 4 ekor ketam saiz besar (cuci bersih dah belah 2)
  • 3 ulas bawang merah (blend)
  • 2 ulas bawang putih (blend)
  • 1 labu bawang besar (blend)
  • 1/2 cm lengkuas (blend)
  • 1cm halia (blend)
  • 1cm kunyit hidup (blend)
  • 8 biji cili merah (blend)
  • 5 biji padi (ketuk)
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 2 cawan santan pekat.
  • Setengah biji nenas (potong nipis)
  • 3 asam keping
  • Garam dan gula/perasa.
  • Air (secukupnya)

Cara-Cara:

  1. Masukkan serai dan bahan kisar, nenas dan sedikit air.Masak hingga air mendidih dan renehkan sebentar untuk supaya bawang dan cili betul2 masak.
  2. Masukkan santan, ketam dan semua bahan lain.Tambah air (jika perlu)
  3. Biarkan hingga mendidih (kacau selalu supaya tidak bengentel)
  4. Masukkan garam dan gula/perasa.Sesuaikan rasa.Bila kulit ketam bertukar menjadi kaler oren terang dah masak la tu.Tutup api.Sedia dihidang


*****************************
TEMPAHAN HARI INI KEK KARAMEL
Sekadar memenuhi permintaan seorang kawan...terima kasih

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. OMG I nak makan ni sedapnya. T_T

    Sekiranya sesiapa memerlukan servis membina laman web, boleh layari http://www.perkhidmatan-lamanweb.operion.com.my/ .

    Thanks

    ReplyDelete
  2. Lamanya tak masak ketam... rindu nak meratah!

    ReplyDelete
  3. wow..nampak cantik ja ketam tu posing kak..buat terliur tengok ni.. :)

    ReplyDelete
  4. kek sgt cantik...ketam sgt hensem..;)

    Cenetos.blogspot.com

    ReplyDelete