Friday, July 19, 2013

Ketam Masak Lemak Daun Kunyit Dan Tempahan Kek Buah Kukus

Assalamualaikum...
Hari ni daha ada idea nk masak apa kawan2?Hurm kalau still tadak idea n ada ketam ada esbok, boleh cuba resepi ni.Biasanya kalau menu ketam akan dibuat ketam cili, sweet sour ataupun kari.Kali ni wat masak lemak lak.Tak yah guna serbuk kari pun.Main campak bahan basic yg ada dalam esbok jer.
Sorilah ya gambar ntah hapa2 sebab bila snap petang rembang ni selalu haru biru jadinya..Seadanyalah huhu
sedap makan kuah pekat2 camni..

RESEPI KETAM MASAK LEMAK DAUN KUNYIT
By : LiNa Pg

Bahan-Bahan:
  • 2 ekor ketam saiz besar (cuci bersih dah belah 2)
  • 3 ulas bawang merah (blend)
  • 2 ulas bawang putih (blend)
  • 1 labu bawang besar (blend)
  • 1/2 cm lengkuas (blend)
  • 1cm halia (blend)
  • 1cm kunyit hidup (blend)
  • 8 biji cili merah (blend)
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 2 cawan santan pekat.
  • 3 asam keping
  • 1 helai daun kunyit (racik)
  • Garam dan gula/perasa.
  • Air (secukupnya)
  • Minyak
Cara-Cara:
  1. Panaskan sedikit minyak, masukkan serai dan bahan kisar.Tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ketam, gaul sebati dengan bahan tumisan.
  3. Masukkan santan dan gaul sebati.Tambah air hingga melebihi paras ketam.
  4. Masukkan asam keping, garam, gula/perasa dan juga daun kunyit.Kacau hingga mendidih.
  5. Sesuaikan rasa.Tutup api
Selit iklan sket hihi..Tempahan Kek Buah Kukus Super Moist
 Pack mini, minimum order 4paket
sangat lembab dan sedap.Menggunakan pure butter, bukan buttercup
Dikukus selama 4jam, disaluti gula hangus dan mewah dengan buah-buahan kering yg terpilih.

17 comments:

Asyifa Mustaffa said... Balas

masak lemak...letak daun kunyit...mmg wangi...tp sy letak bende lain la...sbb ketam x makan...kat umh ni..asben je mknnya...anak2 pun x minat...x tau la nape...

nea lopah said... Balas

sedap nye.... terliur tengok ketam akak ni.

EmbunRosaliza said... Balas

Sedap aroma daun kunyit tu, mesti bestkan. Kat umah akk ni selain ayam anak2 tak nak mkn la, naik jemu dh rasanya,

Qashmere said... Balas

Sedapnya ketam tuuuuuuuuuuu

Amie said... Balas

Memang harum aroma masak lemak ketanya tu Lina. Kak Amie kadang-kadang bubuh daun kemangi untuk bangkitkan aromanya.
Seronok bila tengok rakan blogger terima tempahan. Kak Amie pun dah merajinkan diri menyiapkan tempahan daripada kawan-kawan setelah berdolak-dalik tak yakin buat, akhirnya rasa seronok pulak bila melihat hasilnya dan pelanggan berpuas hati.

JaSSNaNi said... Balas

masak lemak ketam mmg terbaik.. nani pun suka..
kek buah kukus tu nampak menarik dan sedap sangat.. boleh buat untuk raya nanti.. mekasih..

mama sara nur said... Balas

Assalam lina
Uihh ketam sedapnya
Akak sahur goreng ketam kicap tp x snap he hee

LiNa_Pg said... Balas

@Asyifa Mustaffa
sedap aroma daun kunyit tuh bila masuk dalam masak lemak ni..

LiNa_Pg said... Balas

@nea lopah
Cepat2 gi beli ketam, nnt bleh wat masak lomak ni

LiNa_Pg said... Balas

@EmbunRosaliza
Lauk ketam ni makan la jugak budak2 kat umah ni tp tang isi tengah tu jer, yg tangan tuh suma abag yg kena kopekkan

LiNa_Pg said... Balas

@Qashmere
sedap la kat tekak kami skeluarga ni

LiNa_Pg said... Balas

@Amie
Daun kemangi tu camana kak amie, jap kena gugel cari image ni (alahai sian mak budak ni jakun sker hihi).

Itulah tengok tempahan kak amie punya banyak..rezeki tu kak amie, jgn ditolak

LiNa_Pg said... Balas

@JaSSNaNi
sekali sekala tuko slera pulak asyik makan ayam jer...naik jemu dah haih..

Kek Buah tu mmg sedap, bolehlah buat untuk raya.

LiNa_Pg said... Balas

@mama sara nur
wslm, ketam goreng kicap..tak pernah buat lagi..menarik gak tu

ilahjy said... Balas

Salam lina tahniah mkn maju bisness kak sorg je blm mula..tahniah

LiNa_Pg said... Balas

@ilahjy
wslm...terima kasih kak ilah...
order cheq ni slow n steady jer..tak lah banyak sangat hehe..
Kak ilah pun buleh amek order gak..dah terrer sangat membaking tuh..tp maybe sibuk ngan majlis rasmi yg kena pi

Nadz Nazharzan said... Balas

Assallamualaikum kak Lina..

Alhamdulillah..bnyk rezeki masuk di bulan Ramadan ni ye kak.
Nak ketam tu 2 ekor.. 2 ekor tau! bukan 2 ketul...hhehehheh

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...