Thursday, May 21, 2015

Resepi Nasi Karot Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Kali ni saya nak share satu lagi resepi nasi berperisa yg agak mudah dan straight fwd untk disediakan iaitu Nasi Karot atau Nasi Lobak Merah.Rasanya enak dan manis2 dari jus karot tu sangat berkhasiat.Jika anak kurang gemar memakan karot, elok lah dikisar semua karot tak perlu sagat sbb bila x nampak 'sayur' anak2 akan makan penuh selera...kena tipu2 siket.tapi anak2 saya sukakan nasi ni..even dak sarah pun makan banyak..tang karot sagat tu kenalah kurangkan untuk plate dia hehee..Alhamdulillah nasi ni kena ngan selera kami sekeluarga.Kalau ada yg bercadang2 nak buat juadah raya nnt (waaa...raya tu...puasa pun belum lagi kikiiii) boleh la cuba dulu....buat testing hehee..kalau lulus,nnt boleh bagi family rasa pulak..Okey..jom semak resepi
 Walaupun sarat dengan 'sayur' tapi anak2 tidak menolak hidangan ni..katenya sedap..manis karot tu...hurmmmm okey la tu hihi

RESEPI NASI KAROT

Bahan-Bahan
  • 2 cawan beras basmati 
  • 1 batang karot (kupas kulit)
  • 2 ½ cawan cair
  • ½  cawan susu cair
  • 1 helai daun pandan simpul
  • ½  labu bawang besar mayang halus
  • Rempah 4 beradik (bunga lawang,kulit kayu manis, bunga cengkig,pelaga)
  • 1  kiub ayam
  • 2 sudu besar butter
  • Gajus,daun pudina (untuk hiasan)


Cara-Cara:
  1. Cuci beras, rendam selama 20min.Kemudian toskan.
  2. Ambil setengah  bahagian karot,blend bersama 2 ½ cawan air.Kemudian tapiskan.Setengah bahagian lagi disagat halus.
  3. Panaskan periuk, cairkan butter.Tumis kulit kayu manis,pelaga, bunga lawang dan bawang besar yang dimayang halus.Tumis hingga terbit baud an bawang sedikit layu.
  4. Kemudian masukkan daun pandan simpul, tumis sekejap untuk membangkitkan aroma.
  5. Masukkan air karot tadi (2 ½ cawan),susu cair, kiub ayam.
  6. Masukkan beras basmati dan juga karot yg disagat tadi.Tinggal sedikit karot sagat untuk hiasan.
  7. Bila nasi kering, kecilkan api.Taburkan lebihan karot sagat di atas nasi.Biarkan nasi masak sepenuhkan (LiNa Pg masak guna dapur gas ajer)
  8. Selepas nasi masak,gemburkan nasi dan masukkan gajus dan daun pudina.
  9. Sedia dihidang.
Note:
Jika menggunakan rice cooker selepas siap menumis,terus pindahkan ke rice cooker.Masak seperti biasa.
warna asli dari jus karot

5 comments:

Nooriah Abdullah said... Balas

meriah nya nasi karot Lina macam nak ngap saja ni, makan gitu saja pun dah sedap dah

Bbwana adienia said... Balas

wah..sedap tu..kaler pun dah menggoda..lapar perut wana..huhu

LiNa_Pg said... Balas

@Nooriah Abdullah
Meriah ngan sayur-sayuran kak noor hehee..
tp mmg sedap walaupun makan tanpa lauk

LiNa_Pg said... Balas

@Bbwana adienia
Kaler asli dari jus karot tu wana...

sue sue said... Balas

Cantiknya...ceria sungguh warna nasi karot ni....



Jemput singgah ke blog saya:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...