Assalamualaikum...
Menu ayam lagi hahaaaa...apa nak buat,mmg peminat tegar ayam jer dalam umah ni.So,terpaksalah olah pelbagai menu supaya tak jemu.Kadang naik pening melayan karenah anak2 yg terlalu suka makan ayam.Ayam Sambal Serai ni saya buat memandangkan stok serai masih byk lepas buat nasi serai tu...godek pi la pesen ayam serai versi hantam sajalah labu...yg penting mmg aroma serai semata kikiiiii...
By: Malina LiNa Pg
Bahan-Bahannya:
1/2 ekor ayam dipotong kecil-kecil
6 batang serai (ketuk)
1 asam keping
2 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
2 batang serai (kisar)
4 biji bawang merah (kisar)
1/2 labu bawang besar (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
1cm lengkuas (kisar)
1cm halia (kisar)
1 biji cili merah (potong serong)
Garam, kunyit dan gula/perasa
Cara
- Ayam dicuci bersih,perasakan dengan garam kunyit.Goreng hingga masak.Kemudian ketepikan.
- Tumiskan bahan kisar,serai dan cili giling.Tumis hingga betul2 garing dan pecah minyak.Masukkan asam keping semasa menumis.
- Masukkan sos tiram kacau sebentar.Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi ke dalam tumisan, kacau hingga sebati.
- Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa.Akhir sekali masukkan cili merah.Gaul sebentar.Tutup api.Sedia dihidang bersama nasi putih atau Nasi Serai
Ayam Sambal Serai ni pesen kering2 gini...sambal hanya berpalut pada ayam..bukan pesen'banjir' heheee
1 comments
mmg sedap sangat la ayam sambal serai ni...mau makan nasi bertambah2!
ReplyDelete