Wednesday, April 20, 2016

Pais Ikan Siakap Cara Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Tengok tajuk cam klasik jer kan 'PAIS' ala pais tu ikan bakar yang dibungkus.Sama jer ngn ikan biasa2 jer.Saya suka sesuatu yang ringkas jer.Kali ni bahan pun guna yang mana ada kat dapur jer.Janji sedap kat tekak kami..pastu xde buat air asam ke apa..mkn camtu jer..tu pun bertambah2 makan sbb buka jer aluminium foil mkn time berasap2 lagi..mmg ler sedap..Nak resepi x?Jom lerr..
Ikan Bakar Mudah
 Gambar ni saya snap lebih kurang ajer sebab nk makan time panas2.Kalau dah sejuk xsedap pulak..sedap wey..juicy jer

PAIS IKAN SIAKAP
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan siakap (saiz sedang)
  • 4 ulas bawang merah (kisar)
  • 2 ulas bawang putih (kisar)
  • 1/2 cm halia (kisar)
  • 2 hiris lengkuas (kisar)
  • 1/2 cm kunyit hidup (kisar)
  • 3-4 biji cili merah (kisar)
  • 1 biji limau nipis (ambil jusnya)
  • Garam dan gula/perasa
  • 1 sudu kecil sos ikan (option)
  • Minyak
  • Daun pisang/aluminium foil (LiNa Pg gn daun lengkuas)
Cara-Cara
  1. Ikan dibersihkan dan dilap dengan kitchen towel.Perasakan dengan sedikit garam.
  2. Panaskan kuali,tumiskan bahan kisar hingga terbit bau.Sesuaikan rasa, tambah garam, gula/perasa, jus limau nipis dan sos ikan.Tutup api
  3. Lapik ikan atas daun pisang/al.foil,kemudian lumurkan bahan tumisan ke atas ikan.Perapkan sebentar.Kemudian bolehlah dibakar hingga masak (LiNa Pg bakar atas dapur gas jer guna kuali leper roti jala)

Ikan bakar Buka Puasa
Saya lapik dengan daun lengkuas petik segar dr balkoni hehee..Snap sebelum bako (spare) in case pas bako xdan nak snap hahaaa...

4 comments:

Amie said... Balas

Masa kecik2 dulu selalu tengok bonda gunakan daun lengkuas tuk bungkus ikan ... gantikan daun pisang.

LiNa_Pg said... Balas

@Amie
Tiada rotan akar pun berguna juga hahaaa..gitulah pepatah lama

Ayu said... Balas

Assalam Lina,
memang sedap kalau dapat makan straight from the oven..
panas2 berlumba2 mencapaikan..tanpa disedari..dah tinggal tulang..hehe

LiNa_Pg said... Balas

@Ayu
wslm kak ayu..
memang betul tu..ikan bakar ni memang kn makan panas..br sedap kan?

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...