Tuesday, April 19, 2016

Sambal Hitam Tomato (Pembuka Selera)

Assalamualaikum
Hari ni baru berkesempatan buat n3 Sambal Hitam Tomato ni.Lama tersimpan dalam draf jadi pekasam hahaa..Ekceli dan 2x buat sambal ni.Yg first ni buat pedas2 manja jer.Kali kedua nah...amek kooo berasap tinge muahahaa..tu la berlagak sangat sebab pestaim x pedas kan kikiiiii.Sambal Hitam Tomato kiranya sepupu sepapat Sambal Hitam Pahang tu la yg juga buah belimbing buluh tu..tp rasanya lebih masam..yg masamnya ala2 jer la.Nak tau beza kedua2 sambal hitam ni..kena la cuba...Percayalah cakap saya..kalau korang dah cuba mesti tersuka tanpa sengaja...waaaa gitu hihi..Jom semak resepi
TeratakMutiaraKasih

RESEPI SAMBAL HITAM TOMATO
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Sumber : Kak Yani (fb)
Asal : MAHN
Bahan-Bahan (LiNa Pg buat 1/2 dari resepi asal)
  • 5-7 biji buah tomato (potong baji/dadu)
  • 1 mangkuk ikan bilis (tumbuk/blend kasar)
  • 1/2 mangkuk cili padi (ikut kepedasan masing2)
  • 2 biji cili merah (LiNa Pg tambah rcp asal xde)
  • 4 labu bawang besar (dadu kasar)
  • Garam dan gula/perasa
  • Minyak
Cara-Cara:
  1. Goreng tanpa minyak buah tomato hingga layu
  2. Sementara itu kisar cili padi dan cili merah bersama sedikit minyak.Bila cili hancur, masukkan bawang besar dan kisar lagi.
  3. Tuang bahan kisar ke dalam kuali yang berisi tomato tadi.
  4. Tumis sebentar.Kemudian masukkan ikan bilis yang ditumbuk kasar.
  5. Tumis hingga pecah minyak.Renjiskan sedikit kicap (jika suka warna yang lebih gelap)Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa (jika perlu)
  6. Masak hingga sambal kering (Jika suka yang lembab pun boleh juga)
  7. Sejukkan dalam kuali sambil sengetkan kedudukan kuali supaya minyak tersejat.
  8. Dah siap, bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.
Cili padi dan ikan bilis boleh tambah ikut selera
Ni versi mesra kanak2..pedas manja jer
Goreng tomato (tanpa minyak)
Blend cili padi+cili merah+sedikit minyak
Tambah bawang besar blend hingga hancur
Tuang ke dalam kuali gorengan tomato tadi
Kacau sebentar, kemudian masukkan ikan bilis (tumbuk kasar)
Tumis hingga pecah, kemudian renjiskan sedikit kicap manis
Kacau hingga agak kering.Kalau suka yg masih lembab..boleh terus tutup api
Dah siap, sejukkan sambal dalam kuali.Sengetkan kedudukan kuali supaya minyak tersejat.
Taraaaa...dah siap..boleh disimpan dalam balang

6 comments:

EmbunRosaliza said... Balas

Ssedap tu mkn dgn nasi panas2 dan ikan goreng, terangkat pinggan

LiNa_Pg said... Balas

@EmbunRosaliza

Memang pun...makan hok ni pun dah cukup..tadak lauk lain pun ok

Husna Rahman said... Balas

sgt tempting aihh

LiNa_Pg said... Balas

Harusss cuba tu Husna

Ayu said... Balas

Assalam Lina,
wah ini pasti sedap tengok bahan2nya tu..macam kerabu tomato & ikan bilis,tapi ini versi diblender kot?..alangkan yg versi kerabu sedap giler inikan pula versi sambal pulakan..boleh dicuba next time...:)

LiNa_Pg said... Balas

Wslm kak ayu..mmg sedap giler..sg buat stok kat umah..abes buat lg..mmg betul² bangkit selera

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...