Akok Roti Sedapnya..Lembutnya...

By LiNa_Pg - Friday, June 24, 2016

Assalamualaikum...
Kalau bulan puasa,x pekena akok macam xsah jer kan?Kat rumah saya ni dah banyak kali buat akok menggunakan resepi yg terdahulu.Sangat klasik walaupun tidak dibakar menggunakan sabut.Untuk kali ni saya menggunakan roti sebagai ganti tepung gandum.Bukan xde gandum (stok gandum berdozen nuuu kat dapur untuk kek kih3) tp sebab ada lebihan roti yg nak expired.Sayang pulak kalau terbuang camtu.Nak buat puding,cam bosan..asal ada roti nk expired buat puding..cam xde menda lain kan kih3..Idea ni saya adaptasi dari Dapur Bahrain hehee...tq my fren Maz..tp kita guna resepi bonda kita



RESEPI KUIH AKOK 
By : LiNa Pg (Teratak Mutiara Kasih
Bahan-Bahan:(Sukatan cawan/ mangkuk/bekas yg sama) 
  • 1 cawan telur (gred A 4biji)jumlah telur bergantung kpd bks
  • 1 cawan santan pekat 
  • 1 cawan nisan keret diracik halus (LiNa Pg 3/4 cwn-manis just nice) 
  • 1 cawan air 
  • 4 keping roti gardenia (buang tepi dan potong kecil2)
  • 3 helai daun pandan (carik-carik) 
  • Secubit garam 
Cara-Cara: 
  1. Panaskan oven selama 15minit suhu 200'C dan griskan muffin tray dengan minyak.Masukkan acuan ke dalam oven. 
  2. Satukan gula kabung, air dan daun pandan.Masak hingga gula hancur.Keluarkan daun pandan.Kemudian sejukkan sebentar. Masukkan santan, roti, garam, telur dan air gula ke dalam blender.Dan blend hingga betul2 kembang.(Adunan kuih akok memang cair).Tapiskan 
  3. Keluarkan acuan dari oven dan tuangkan adunan ke dalam acuan tersebut.Bakar menggunakan suhu 180'C selama 15-20min (hingga masak) guna api atas dan bawah. 
Note: Semasa bakar, kuih akok akan kembang (mengelembung).Jangan risau, bila masak ia akan mengecut  dan menjadi akok kedut.

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. Ooo..nisan keret tu gula kabung rupanya, PG..puas la cik hakak pikir apakebenda nya tu nisan keret..

    ReplyDelete