Udang Kam Heong

By LiNa_Pg - Friday, June 17, 2016

Assalamualaikum...
Bertemu Jumaat sekali lagi..cepat sungguh minggu ke minggu berlalu.Pagi Jumaat yg mulia ni bumi Penang dilimpahi hujan rahmat...sejuk nyaman terasa...Alhamdulillah...Allah kurniakan rezeki hujan.
Dah ada plan ke nak masak untuk buka hari ni?Kalau masih belum ada plan..boleh lah cuba Udang Kam Heong ni.Anak2 saya cukup suka kalau masakan bergoreng guna dain kari camni.Sebelum ni ada pernah mencuba Ayam Kam Heong Kali ni resepi Udang Kam Heong lebih ringkas dan cepat.Tapi tetap memenuhi selera anak2 saya.Jom kita semak resepi.

Kam Heong
Live dari kuali ajer..Posa2 ni mmg x smpat nk posing cantik2.Asyik kelam kabut jer..Masak nk dekat time buka konon nk makan yg panas...pastu mulalah kelam kabut...Xpe la kan janji ada gambar

Udang Kam Heong
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Sumber kak Amie
Bahan-bahan:

  • 20 ekor udang saiz sederhana 
  • 5 ulas bawang putih cincang (LiNa Pg tumbuk kasar)
  • 2 sudu besar udang kering (rendam dan tumbuk kasar)
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 3 tangkai daun kari
  • 6 biji cili padi  dihiris (LiNa Pg gn cili merah-hiris)
  • 1/2 biji capsicum - hiris
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh lada hitam - kisar (LiNa Pg gn lada hitam grind corse)
  • garam & gula (jika perlu)
  • minyak

Cara:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terendam ketam / udang selama 5 minit atau sehingga masak. Ketepikan.
  2. Panaskan 3 sudu minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
  3. Masukkan udang kering dan goreng sehingga udang masak.
  4. Masukkan serbuk kari, daun kari serta cili padi dan capsicum goreng selama beberapa minit.
  5. Tambah sos tiram dan lada hitam dan gaul sebati.
  6. Masukkan udang dan balik-balikkan supaya disaluti dengan sos.Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula (jika perlu)
  7. Angkat dan hidangkan.

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. aduuuss... sedap sangat tu Lina... kita bulan posa ni tenggelam lak segala resepi... tak emenyempat nak amik gambar masakan.

    ReplyDelete
  2. @Amie
    Sedappp...
    Betul kak amie, bulan posa mmg kelam kabut...tu yg snap terus dr kuali sbb dah tau mmg xsempat nk posing cun2

    ReplyDelete
  3. hai Lina
    kaknoor belum pernah cuba pun apa Kam Heong ni heee
    rasa nya ada jugak ayam Kam Heong, ni udang pun nama yg sama
    macam nak kena try lah

    ReplyDelete
  4. Assalam Lina,
    udang kam heong ni mak akak ada sebut hari tu..dia tengok ketuk2 ramadan
    siaran Rtm1..tapi akak tak tengok..ah ni dah ada resepi boleh cuba lah nanti..:)

    ReplyDelete