Tuesday, April 4, 2017

Udang Goreng Nestum Resepi Mudah, Cepat Dan Sedap

Assalamualaikum...
Hari ni ada sedikit kelapangan waktu, bolehlah buat n3 masak2.Selalu tu bz manjangggggg.Ekceli udang ni saya masak kelmarin.En.asben beli udang besaq fresh baru naik dari laut.Dalam kepala dok berfikir nak masak apa la ngan udang.Selalunya buat sambal, gulai..kebetulan ada sedikit lebihan nestum (lepas buat projek kukis raya) hurmmm terus mai idea nak buat Udang Goreng Nestum ni.Olah serba siket...ya ampun sedappppp banget.En.asben yg x makan seafood pun sebab gout pun terus lupa diri hadoi.Padahal si isterinya dah masakkan lauk ayam untuk beliau dan dak maisarah tu.Katanya mana boleh tahan tengok udang besaq sedap pulak tu huhu...Nnt sakit mai balik camana?Makan ubat ler jawab dia hamboiiiii...Ok jom kita semak resepi Udang Goreng Nestum yang pastinya sangat mudah dan isnyaaAllah sedap.Kalau resepi dari dapur TMK ni mmg ringkas2 jer kan hehee
Resepi Udang Goreng Nestum Sedap dan Mudah
jangan ada yg jilat skrin plak naaa hahaaa.Sedap tau serdak2 tu gaul ngan nasi panas perggggggg..xpayah lauk lain dah.Pedas2 manja..makan sekali ngn daun kari yang rangup tu

Resepi Udang Goreng Nestum
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-Bahan
  • 10 ekor udang besar
  • 3 ulas bawang putih cincang halus
  • 3 biji cili kering (potong kasar)
  • 4 biji cili padi (potong) 
  • Sedikit butter
  • 1/2 cawan nestum
  • Sedikit garam, gula/perasa dan kunyit
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-Cara
  1. Udang dibersihkan, gaulkan dgn sedikit garam kunyit.Goreng hingga masak.Ketepikan
  2. Cairkan butter, tumis bawang putih, daun kari, cili kering, cili padi hingga terbau bau dan agak garing.
  3. Masukkan nestum, gaul dengan tumisan.
  4. Masukkan udang yang telah digoreng.Gaul rata.Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa (jika perlu)
  5. Dah siap.Boleh dihidang bersama nasi panas.

Cara masak udang goreng nestum
 Boleh refer pada gambar
Resepi udang goreng nestum ringkas dan sedap
Mudah dan ringkas..yang penting sangat sedappppp

2 comments:

Puan Hazel said... Balas

Kena try ni...nampak pun sedap dah tu

Phong Hong said... Balas

Amboi, Lina. Sedapnya. PH yang bukan peminat udang pun teruja. Lepas ni nak cari Nestum dan udang plak...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...