Lepat Pisang Resepi Mudah,Sedap, Lembut Dan Tak Guna Banyak Bahan

By LiNa_Pg - Tuesday, May 23, 2017

Assalamualaikum...
2-3 ari lepas en.asben bawa balik pisang awak, nak buat apa lah pulak ngn pisang ni.Kalau pisang berangan tu bolehlah makan terus hahaha.Si isterinya bz nau ngn macam2 projek on going.Tersadai la pisang tu tepi dapur.Tengok2 dah ranum dah pun pisang tu.Fikir2 better buat sesuatu sebelum pisang tu buruk langsung xleh makan.Hurmmm kalau buat lepat sedap jugak ni.Bila gugel tengok macam2 la pulak resepi lepat pisang ni.Ada yang guna tepung beras, ada guna tepung gandum, letak kelapa parut la..masuk santan la.Saya ni suka something yang simple jer.So saya buat versi Lepat Pisang Sempoi punya..guna tepung gandum semata.Mak aih sedapppp...menepati citarasa kami sekeluarga.Jom semak resepi

Lepat pisang yang sedap, mestilah pisangnya banyak.Lembut dan sedap.Layan pulak dengan teh 'o' panas..mak aih..sedap baq ang

RESEPI LEPAT PISANG

Bahan-Bahan
  • 7 biji pisang awak masak ranum
  • 1/2 cawan gandum
  • 3 sudu besar gula (boleh kurang/tambah)
  • Secubit garam
  • Daun pisang (layurkan sekejap atas api-LiNa Pg potong selebar tapak tangan )
Cara-Cara
  1. Lenyek pisang (tak perlu terlalu halus)
  2. Masukkan gula dan garam Gaul sebati.
  3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.Gaul rata
  4. Letakkan sedikit adunan ke atas daun pisang.Kemudian lipat
  5. Buat hingga habis
  6. Panaskan pengukus, pastikan air mendidih terlebih dahulu.LiNa Pg kukus menggunakan Multicooker Pensonic.Untuk tips sila refer pada gambar
  7. Kukus hingga masak (LiNa Pg kukus selama 12-15min sahaja) 

 Mudah saja kan?Pisang, gandum, sedikit gula dan garam
 Siap balut, kukus jer
Gara2 malas nk kuarkan pengukus dari atas kayangan nuu LiNa Pg cuma gunakan Multicooker Pensonic ni jer untuk kukus lepat Pisang ni.Cepat mask plak tu.Senang kije cheq ooi
Menggoda tak Lepat Pisang ni...Cepat pi buat nuuu

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. Sedap ni , Lina. Tapi kena rajin jugaklah potong daun pisang, lepas tu lipat-lepat. Kalau main lenyek2 tu, PH OK jer hee..hee..

    ReplyDelete