Jus Soya Kurma Enak Berkhasiat

By LiNa_Pg - Wednesday, May 24, 2017

STICKY POST SILA SKROL KE BAWAH UTK N3 TERBARU

Assalamualaikum...
Hai semua.Lebih kurang seminggu lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadan.Ramadan merupakan bulan yang dipenuhi rahmat dan berkat dariNya. Berkat boleh didapati atau ditafsirkan maknanya dalam pelbagai perbuatan dan pemahaman. Berkat juga boleh didapati di dalam setiap hubungan yang baik seperti keluarga, rakan-rakan, atau dalam setiap rasa syukur yang dipanjatkan di atas rezeki makan dan minum, juga sebagai tangan yang menghulurkan kepada mereka yang memerlukan. Berkat, dari sebesar-besar makna atau sekecil-kecil perbuatan adalah lahir dari rasa syukur kepada yang Esa. 
Okeylah hari ni saya nak kongsikan satu resepi yang amat mudah.Bukan setakat mudah, tapi juga enak dan berkhasiat.Resepi hari ini ialah Jus Soya Kurma.Sudah tentulah Susu Soya Yeo's menjadi pilihan semulajadi kami sekeluarga, sebab ianya Halal dan juga kaya dengan pelbagai vitamin dan khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan kita.Lepas penat berpuasa seharian, badan kenalah disegarkan semula.Paling best tak payah tambah gula dah manis dari Kurma dan susu soya Yeo's sudah mencukupi kemanisan sesedap rasa.
Resepi Mudah minuman buka puasa
enak bukan?gabungan mantap kurma dan susu soya yeo's
RESEPI JUS SOYA KURMA
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-Bahan
  • 1 kotak (250ml) susu soya Yeo's
  • 3 biji buah kurma (buang biji)
  • ketulan ais (jika suka)
Cara-Cara
  1. Tuang susu soya Yeo's ke dalam pengisar.Masukkan buah kurma (tanpa biji).Kisar halus
  2. Tuang ke dalam gelas.Tambah ketulan ais
Note: Jika suka jus yang tiada serat, boleh tapis sebelum tuang ke dalam gelas.LiNa Pg tak tapis..suka serat 2 kurma tu
 Mudah kan?
Resepi yang cukup mudah, sangat cepat disediakan.Bulan puasa setiap saatnya lebih afdal diisi dengan amal ibadat, bukan terperap kat dapur semata.Resepi mudah, berkhasiat dan enak dinikmat adalah pilihan bijak surirumah yang memilih Yeo's sebagai pilihan semulajadi mereka.
Berkat Dirasa Bersama, adalah lebih bermakna kerana kita gandakan kebaikannya bersama mereka yang ada disekeliling kita. Yeo Hiap Seng (Malaysia) Bhd “Yeo’s” ingin mengambarkan Ramadan sebagai bulan yang penuh Berkat dan cara terbaik untuk menikmatinya adalah dengan dirasai bersama. Jadi gandakan rasa itu dengan berkongsi minuman Yeo’s di bulan Ramadan yang mulia ini!

Maklumat lanjut menerusi www.yeos.com.my 
Hubungi talian 1300-80-2828

  • Share:

You Might Also Like

8 comments

  1. Mudah..sedapppp... blh try ni...

    ReplyDelete
  2. @ayunalisa
    Betul2 tu Ayu..sangat mudah dan sedap..berkhasiat pulak tu.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya susu soya kurma..ssuai sgt la utuk bula puasa nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah..betoi sangat tu..sesuai utk berbuka dan bersahur.Boleh tambah tenaga sbb kaya ngn serat kann

      Delete
  4. sempoiii naa..sesuai utk berbuka posa nti..bleh la try..

    ReplyDelete
  5. PH tak berapa suka kurma tapi boleh try buat. Mana tau lepas ni, suka pulak hee..hee...

    ReplyDelete
  6. Simple utkbdi cuba ni. Insyaallah nnt nk buat. Tq kongsi resipi

    ReplyDelete
  7. Simple utkbdi cuba ni. Insyaallah nnt nk buat. Tq kongsi resipi

    ReplyDelete