Kuih Tepung Pelita Sedap Resepi Mudah Dan Cepat Tak Perlu Kukus
By LiNa_Pg - Monday, May 29, 2017
Assalamualaikum..
Masuk hari ketiga kita berpuasa, dah ada idea ke nak masak apa untuk berbuka petang nanti?Hari ni saya nak kongsikan satu resepi Kuih Tepung Pelita yang sangat mudah.Dalam masa 1/2jam dah setel semuanya.Sejukkan dalam peti ais, tunggu masa untuk berbuka jer.Tepung Pelita versi LiNa Pg ni tak perlu kukus,main kacai2 atas dapur jer.Nak lagi best kalau buat sampan/bekas tu menggunakan daun pisang.Bila tadak daun pisang mould/bekas kecil pun jadilah kan asalkan boleh makan.Mahal jugak harga daun pisang kat Penang ni,bukan boleh beli selai dua..jualnya seikat terus.Okeylah jom kita semak resepi Kuih Tepung Pelita ni
Sejukkan dulu dalam peti ais, makan sejuk2 mak ai dappppnyerrr
KUIH TEPUNG PELITA SEDAP DAN MUDAHBy Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Sumber YaniMnor MyR Tun Telani
Bahan-Bahan
Bahan B (Bawah)
- 1 cawan tepung beras
- 1 cawan gula
- 5 cawan air (*)
- 4 helai daun pandan kisar dgn sedikit air (*)
- 1 sudu kecil air kapur
- LiNa Pg tambah Sedikit pewarna hijau epal
- sedikit garam
Bahan A (Atas)
- 4 sudu besar tepung beras(ratakan)
- 2 sb tepung ubi (LiNa Pg guna tepung jagung)
- 1 cawan santan pekat
- 3 cawan air
- 1 sk garam
- Gula sudu besar (LiNa Pg tambah rcp asal xde)
Bahan C
- Gula utk ditabur ditengah lapisan
- Bekas kecil/daun pisang dibentuk sampan
Cara Cara Bahagian B
- Satukan semua bahan B, kacau atas api yang kecil hingga kelihatan meletup2 dan nampak berkilat.Refer pada gambar
- Kemudian tuang ke dalam acuan yang disukai/sampan daun pisang
- Taburkan gula atas lapisan hijau (jika suka lebih manis)Biarkan seketika
Cara Cara Bahagian A
- Satukan semua bahan A, lakukan proses yang sama seperti Bahagian Bawah tadi.Kacau hingga masak berkilat dan ada letupan kecil.Refer pada gambar
- Kemudian tuang ke atas bahagian hijau tadi.
- Sejukkan ke dalam peti ais,Enak dimakansejuk2 dari peti ais...Yummy...Selamat Mencuba
untuk video Kuih Tepung Pelita, Sila Klik Tulisan Merah Di Bawah
Refer pada gambar..senang sangat dan Tepung Pelita ni sanat sedap dan mudah
Lumayan hasilnya
7 comments
amboiii...sedapnyer...
ReplyDeleteLina, comel tepung pelita letak dalam bekas kecik macam ni. Lagi senang, tak payah susah2 buat sampan daun pisang.
ReplyDeleteSaya share ya .mohon halal.sedap kuih ni..
ReplyDeleteNicee!!! Mintak halal ye saya guna resepi buat minum petang
ReplyDeleteMinta halal ya saya guna resepi ni
ReplyDeleteNk try buat petang ni..minta halal ya
ReplyDeletemohon hahal ya sis..buat utk berbuka nty ptg..in shaa Allah
ReplyDelete