****STICKY POST SILA SKROL KE BAWAH UTK N3 TERBARU***
Assalamualaikum…
Selamat menjalani ibadah puasa buat rakan rakan blogger dan pengunjung
blog TMK yang beragama Islam.Hari ini merupakan hari kedua kita
berpuasa.Ramadan merupakan bulan yang penuh Rahmat dan Berkat.Mesti ramai yang
eksaited nak sediakan juadah2 menarik untuk santapan keluarga kan?Bagi yang
selalu sibuk atau tak ada masa nak siapkan juadah pemanis mulut untuk keluarga,
apa kata u olls cuba resepi yang saya nak kongsikan ni.
Hidangan yang cukup ringkas , sesuai bagi mereka yang sentiasa sibuk dan
tak cukup masa.Walaupun hidangan ringkas, tapi sangat menarik dan mampu memikat
selera anak2 kecil yang baru belajar puasa.Resepi hari ni ialah Agar Agar
Kristal Yeo’s Teh Krisantimum .Bahan utamanya ialah Teh Bunga Yeo’s yang
menjadi pilihan semulajadi kami yang diyakini Halal.U olls tau tak Teh
Krisantimum keluaran Yeo’s ni bukan sahaja enak tapi juga bertindak sebagai
penyejuk badan secara semulajadi (Act as natural coolant-with cooling effect)
less sugar pulak tu.Sangat bagus untuk kesihatan.
Resepi ni sangat mudah, boleh minta anak2 turut serta kat dapur, si
kecil mesti teruja bila dapat membantu mama dia di dapur.Tambah pula bila
menggunakan acuan yang comel tu minta si kecil tolong aturkan, dan masukkan
sumi ke dalam acuan.Bulan Ramadan penuh berkat dan rahmatNya sambil memasak pun
boleh rapatkan hubungan dengan anak2.Bestkan dapat luangkan masa bersama.Itulah
keberkatan Ramadan yang mulia ini.Okey tanpa membuang masa, jom..kita semak
resepi
Anak2 mesti teruja
nak makan Agar Agar Kristal Yeo’s The Krisantimum ni. Goyang2 gitew heheee..teksturnya
lembut dan sesuai utk dijamah semasa perut kosong. Cepat untuk proses
penghadaman
RESEPI AGAR AGAR KRISTAL YEO’S TEH KRISANTIMUM
Bahan-Bahan
- 1 liter air Yeo’s Teh Krisantimum (LiNa Pg gn 4 kotak 250ml)
- Agar agar serbuk 10g
- 2 helai daun pandan (kerat)
- Sumi secukupnya
- 3 sudu besar gula jika suka lebih manis (LiNa Pg tak letak gula)
Cara-Cara
- Satukan agar agar, air Yeo’s Teh Krisantimum, daun pandan (dan gula) ke dalam periuk.
- Masak hingga agar-agar hancur dan mendidih.Tutup api.
- Sementara itu, potong sumi (ikut citarasa) dan masukkan ke dalam loyang/acuan.
- Tuangkan agar agar tadi.Biarkan sejuk sebentar.
- Simpan dalam peti ais, biar agar agar beku/mengeras.
- Keluarkan dari loyang/acuan.Sedia dihidang
Ini sahaja bahan yang digunakan.Heronya ialah Minuman Yeo's Teh Krisantimum
“Yeo’s” ingin mengambarkan Ramadan sebagai bulan yang penuh Berkat dan
cara terbaik untuk menikmatinya adalah dengan dirasai bersama.Jadi gandakan
rasa itu dengan berkongsi kebaikan minuman Yeo’s di bulan Ramadan yang mulia
ini!Berkat Dirasa Bersama
Info lanjut
0 comments