Puding Sagu Gula Melaka Sedap Dimakan Sejuk

By LiNa_Pg - Wednesday, June 07, 2017

Assalamualaikum...
Kembali bersiaran dengan juadah dessert untuk berbuka.Kukis nanti kita selang seli ya.Puding Sagu Gula Melaka menjadi kegemaran kami sekeluarga, bulan puasa ni dah 2x buat puding sebab senang sangat.Ada orang suka makan dengan santan dan gula melaka, tp LiNa Pg guna susu cair jer.Biasalah yg mudah2 jer tapi tetap sedap.Kalau guna santan ni risau jugak takut masam ke hapa tambah pulak cuaca panas sekarang ni.Kalau buat Puding sagu ni ada jugak yg fail kan?selalunya sagu tu tak jernih kesemuanya.Okey hari ni kongsikan cara masak puding sagu dan tips supaya sagu jernih semuanya (resepi ni xtau brp kali ulang siar dah hahaa)Biasanya korang kacau sagu tu kan?macam buat kuih sagu bronok, lepas tu kukus la pulak.Tak ke leceh tu buat kije 2x.Cara saya ialah sangat mudah iaitu merebus sagu tu..so,bila sebut rebus op kos la airnya mestilah banyakkkk..dan hasilnya sagu jernih dan cantik berkilat2 gitew.Okey jom kita semak resepi

Gula melaka letak siket jer tu..sebab ms berbuka masih lambat lagi..kang bercampur abes tak lawa pulak gambar haha

RESEPI: PUDING SAGU GULA MELAKA
By: Malina LiNa Pg linapg.blogspot.com 
Bahan Bahan (Puding Sagu)
  • 1cawan biji sagu (LiNa Pg guna warna hijau) 
  • 1.5 liter air 
  • 1 helai daun pandan simpul 
  • Beberapa titis pewarna hijau epal
  • Acuan kegemaran

Cara-Cara: 
  1. Didihkan air bersama daun pandan.Masukkan biji sagu ke dalam air yg mendidih tadi 
  2. Masak hingga sagu bertukar jernih.
  3. Tutup api kemudian toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir.Untuk buang kanji 
  4. Masukkan ke dalam acuan.Sejukkan   
Sirap Gula Melaka
  • 1 ketul gula melaka/gula nipah 
  • 2 sudu gula pasir
  • 1/2 cawan air 
  • 1 helai daun pandan simpul 
Cara-Cara: 
  1. Satukan suma bahan, masak hingga gula larut dan pekat kemidian tapis
Bahan Lain
  • 1 tin susu Susu cair
Untuk menghidang: 
  1. Keluarkan sagu dari acuan, masukkan ke dalam cup hidangan
  2. Curahkan susu cair dan juga sirap gula melaka. 
Nota kecil LiNa Pg Puding ni sedap dimakan bila disejukkan beberapa jam.
Step by step untuk menghasilkan sagu yang jernih dan cantik

  • Share:

You Might Also Like

1 comments