Tuesday, July 18, 2017

Biskut Cheese Rossette

Assalamualaikum...
Biskut raya di hujung Syawal?Pelik kan?Sebenarnya Biskut Raya ni sudah lama dibuat, tapi tak berkesempatan untuk update dalam blog TMK.Saya suka makan biskut yang ada cheese, selalunya kalau biskut cheese rossette dibuat bentuk untaian dan diletakkan almond slice, tp saya buat betul2 bentuk Rossete dan menggunakan nozle close star.Boleh jugak kalau nak guna acuan samperit/biskut dahlia tp buatlah bentuk rossete (atau apa2 pattern la ikut suka korang)Memandangkan sekarang ni bukan orang kemaruk sangat nak buat kukis, so tak payah la kita bebel panjang2 bukan ada yang nak baca pun kan?Ajom lah kita semak resepi.Biskut raya ni LiNa Pg buar khas untuk Majalah Saji..so,sapa yang dah beli tu mmg tahulah resepinya.
Biskut ni agak fragile ala2 Danish cookies jugak, tp ada cheese kat dalam tu lagilah sedap...cair dalam mulut gitu.Nak tau camana rasa kenalah try.
CHEESE ROSSETTE
Bahan-Bahan

  • 100 gram mentega
  • 50 gram cream cheese
  • 70 gram gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • Sedikit esen vanila
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 100 gram tepung gandum
  • 45 gram tepung jagung
  • 15 gram nestum (kisar)


Cara-Cara

  1. Ayak tepung gandum dan tepung jagung.Ketepikan
  2. Pukul mentega, cream cheese dan gula hingga sebati (Jangan terlalu kembang)masuk telur dan esen.Putar sekejap.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, gaul guna senduk kayu.
  4. Kemudian masukkan nestum.Uli hingga menjadi doh.
  5. Masukkan ke dalam piping bag dan guna nozzle close tip untuk membentuk rosette.Boleh juga guna acuan samperit
  6. Paipkan adunan ke atas Loyang yg lapik baking paper.
  7. Bakar hingga masak.Suhu 160’C selama 25min.

1 comment:

Phong Hong said... Balas

Lina, mesti sedap biskut ni ada cheese. Tak pernah pulak PH rasa biskut macam ni. Boleh try nanti. Bila buat cheesecake, ambik sikit cheese tu untuk biskut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...