Cara Buat Puding Roti Marble Sedap Lemak Manis (Sukatan Cawan)

By LiNa_Pg - Tuesday, July 11, 2017

Assalamualaikum...
Puding Roti Marble ni sangat femes seantero maya sekitar  tahun 2009 lagi.Masa tu saya masih hijau dalam dunia baking.Masuk dapur pun time hujung minggu jer.Paling banyak n3 kat blog TMK ialah Puding atau dessert sebab saya sangat suka sesuatu yang kaler maler dan berlapis2 hahaa...
Kalau nak ikutkan dah tak tahu berapa kali ulang siar kat TMK ni puding roti marble ni.Marble coklat, marble stoberi dan macam2 punya marble la.Puding Roti Marble ni saya buat ahad lepas untuk dibawa ke Jemputan Open house umah kawan husband (yg order brownies tu).Dek kerana agak lama x buat puding ni..saya pun lupa loyang saiz berapa yang sepatutnya digunakan..so saya tibai 9x9in..nipis la siket.Tapi bila potong saiz kecil2 bite size gitew nampak cam cute plak kikiiiii..

Gambar ni saya snap ms nk pi Open house, so takdelah props bagai...sepiring Puding Roti Marble yang posing hahaa...

RESEPI PUDING ROTI MARBLE 
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/
Asal Hana Memories
Bahan-bahan 
4 keping roti 
2 biji telur 
1/2 cawan susu pekat 
170ml susu cair 
8gram serbuk agar2 (LiNa Pg gn agar2 10g) 
1/2 cawan gula - bleh kurangkn 
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan) 
3+1/2 cawan air 
2 sudu besar serbuk koko (LiNa Pg gn 3 jenis pewarna)

Cara-cara 
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk. 
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api. 
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco (LiNa Pg bahagikan kpd 3 bahagian dan warnakan)
kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2! Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. 
Sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku. 
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Yg ni sekadar bek up..in case malas nk snap dalam piring kat atas tu hahaaaa

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. salam..
    yaya singgh nk tgok resepi puding roti kat sini..hehe
    sedap nye..cantik je tgok..tp agak ad resepi yng xde buh telur x? ^,^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skip jer telur tu..okey jer..cuma kurang lemak² siket la
      Tetap jadi gak..no problem

      Delete