Tuesday, November 21, 2017

Ayam Siat Resepi Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Masih lagi n3 ringkas2 dan gambar yang ala kadar, tuan umah agak kemalasan nak snap beriya...Terus snap masa hidang n nak makan (kira rajin gak la siket sbb snap jugak gambar tu kan hahaaa)Cam biasa la gambar yg fresh ni post ke IG..buat masa sekarang ni fb kita slow down siket..Kalau nak cari idea masak silalah follow saya di IG.
Psst..ni gambar lunch mggu lepas lagi ni...bukan hari ni punya..Hari ni xtau nak masak apa lagi..sat lagi kita pikirin hihi
Admin nak hightlight hero dalam gambar ni ialah Ayam Siat sebab yg ni baru pestaim buat.Kalau ada banyak isi ayam atau dada ayam, boleh cuba resepi ni.Kalau asyik buat ayam kunyit bosan jugak kan..Kat rumah ni bahagian dada ayam kurang laku.So kena olah buat menu baru, barulah laku keras heheee...Biasanya saya asingkan dada asing untuk masak dalam bihun.

Resepi yang lain2 boleh klik link di bawah
KARI GAYA GOA (Kari Ikan Tanpa Serbuk Kari)

RESEPI AYAM SIAT
Sumber Kak Lin Rosly (IG)
Bahan-Bahan
3 ketul dada ayam 
7 ulas bawang merah (kisar)
1 ulas bawang putih (kisar)
1 batang serai (kisar)
1 inci halia (kisar)
3 sudu besar cili giling kisar
1 helai daun kunyit (hiris)
3 helai daun limau purut (LiNa Pg tambah rcp asal xde)
1 batang serai (ketuk) LiNa Pg tambah rcp asal xde
Gula, Garam Dan Kunyit
Sedikit Asam Jawa
Minyak

Cara-Cara
  1. Perasakan ayam dengan garam kunyit, Goreng hingga masak (jangan terlalu garing)Ketepikan kemudian siat-siat.
  2. Keluaran sedikit minyak gorengan tadi,Tumis serai ketuk dan bahan kisar dan daun limau purut hingga naik bau dan sedikit garing.
  3. Masukkan cili giling tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan garam dan gula, air asam jawa.Gaul rata.
  5. Masukkan ayam, masak hingga agak kering.Masukkan daun kunyit.Sesuaikan rasa.Tutup api.Sedia dihidang

2 comments:

Phong Hong said... Balas

Lauk yang simple2 pun sedap, Lina. PH pun kurang gemar dada ayam tapi kalau masak macam ni, OK kot.

Amie said... Balas

Aiisshh... mata dah tua ni, baca siat jadi sihat pulak!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...