Cara Buat Solok Lada Yang Sedap Dan Mudah

By LiNa_Pg - Wednesday, January 23, 2019

Assalamualaikum...
Dah petang baru sempat update blog.Okey hari ni saya nak kongsikan Resepi Solok Lada.Tetiba buat Solok Lada, nasi kerabunya tak ada pun hahaha...Alkisahnya saya ke Giant untuk beli sedikit bahan masak.Biasanya barang 2-3 jenis jer la kalau pergi secara solo.Kalau beli penuh troli tu hujung minggu jer.
Tengah2 cari2 bahan yang nak guna tu, tetiba (banyak nau tetiba acah suspen plak kan hahaa) ternampak Lada Solok ni.Hurmmm memang sangat rare la lada solok ni ada kat Penang.Biasanya memang kena impot dari Klate la.Kalau sebelum ni saya pernah buat Solok Lada tapi menggunak Cili Hijau yang biasa tu..Memang kureng nampak keaslian Solok Lada tu...sebab Lada Solok di gemuk, montok dan berwarna hijau muda...rapuh kalau dibuat ulam.
Okeylah untuk Resepi Solok Lada kali ini saya sediakn video tutorial di utube channel sinun...Kali ini saya kukus pulak Solok ni..Sajalah buat rajin.Kalau rebus pun ok...Kukus ni nampak cun sebab tak comot.Kalau nak rebus kena guna sedikit santan (tak pekat sangat la)lepas tu letak garam siket ok...Rebus sampai air rebusan tu kering lagi sedap.Kalau kukus lak anggaran 20min camtu.Kira solok masak, siaplah...Ikut suka koranglah nak buat versi mana....
Ada setengah resepi Solok Lada menggunakan isi ikan mentah, tapi saya rebus dahulu ikan tu..terpulang selera la.
Okey jom semak resepi

 Solok Lada homemade mewah dgn isi ikan...Makan yang ni jer dgn nasi pun ok.
SOLOK LADA KELANTAN MUDAH DAN SEDAP
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
https://www.youtube.com/watch?v=ukm-j9qJTjo
Bahan-Bahan

  • 2 ekor ikan mabong/kembung
  • 8 biji lada solok
  • 1 cawan kelapa parut putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cm halia
  • 1 batang serai
  • 1 biji telur
  • Sedikit lada hitam
  • Garam, gula/perasa dan asam keping
  • sedikit nisan kerek
  • Air
  • Santan cair (jika guna kaedah merebus)
Cara-Cara
  1. Rebus ikan bersama garam dan asam keping hingga masak.Kemudian asingkan isi dan tulang.
  2. Lada solok dibelah untuk keluaran biji.Ketepikan.
  3. Tumbuk halia, bawang merah, bawang putih, dan nisan hingga lumat.
  4. Kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk.
  5. Masukkan kelapa parut putih dan tumbuk bersama bahan2 tadi.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam bekas besar sedikit
  7. Masukkan garam lada hitam dan perasa (jika suka).
  8. Masukkan telur dan gaul rata.Sesuaikan rasa masin dan manis.
  9. Sumbat bahan ini ke dalam lada solok.
  10. Kukus hingga masak.Option Kalau menggunakan kaedah merebus..masukkan solok ke dalam periuk, tuang santan dan sedikit garam.Rebus hingga masak (guna api kecil sahaja)
  11. Selamat mencuba.Untuk video tutorial..sila klik link utube LiNa Pg di bawah...

Solok Lada...sedap dimakan bersama Nasi Kerabu atau sebagai lauk sampingan untuk nasi putih.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments