Monday, December 9, 2019

Cara Buat Daging Bakar Harimau Menangis Yang Sangat Sedap | Resepi Daging Bakar Ala Thai | Daging Bakar Danok

Assalamualaikum....
Pernah makan daging bakar Danok yang sangat terkenal di negara Thai.Tapi sekarang ni daging bakar Ala Thai ni sudah ada dijual di Malaysia.Dagingnya yang lembut dan sangat sedap bila dicicah dengan air asam Thai yang pedas,masam dan hujung hujungnya terasa sedikit manis.Kalau di Penang ni ada juga beberapa tempat yang menjual Daging Harimau Menangis ni.Apaaaa daging harimau??Ish bukan daging harimau laaaa...Tetapi bahagian daging lembut yang dipanggil HARIMAU MENANGIS.Kenapa?Mengikut sejarah, kalau harimau membaham lembu bila dia dapa makan bahagian yang lembut tu,maka harimau tersebut akan menangis (menangis sebab terharu dapat merasa bahagian lembu yang sangat sedap)Haaa..macam tulah al kisahnya.
Dah lama sangat berangan nak buat Daging Bakar Ala Thai ni, tak tahu berapa kali beli daun ketumbar tapi tak jadi jadi jugak nak buat.
Suatu hari saya ternampak post Siakap Keli lalu lalang kat wall fb, terus naik semangat nak mencubanya.Tapi resepi yang saya kongsikan ni saya gugel beberapa sumber lain termasuk kak nor secubit garam dan youtube dari Thai jugak.Resepi yang saya kongsikan di bawah ini adalah kombinasi banyak sumber rujukan.
Daging Bakar Danok ni saya tak guna part harimau menangis pun sebab daging ini jer yang ada dalam peti ais.Inipun stok daging korban yang bertapa sekian lama dalam peti ais.Kat rumah ni sangat jarang masak daging sebab en.suami tak makan daging.Tapi Daging Bakar Danok punya pasal,dia langgar pantang jugak hahaaa...Mana boleh tahan tengok daging bakar yang panas berasap tu mestilah meruntun jiwa raga nak merasa keenakannya kannnnn?
Resepi Daging Harimau Menangis ni saya sediakan video tuturial jugak.Walaupun senang jer nak buat tapi ini untuk rujukan anak cucu nanti.
Sedap sangat tau...Dagingnya yang lembut, sangat ngam kalau dicicah dengan air asam.Nak makan macam tu pun dah cukup sedap.
Air asam Thai.Warna merah chilli flakes yang dah sebati dengan gula.Nampak jer merah tapi pedas2 manja jer.Saya tambah cili padi siket nak bagi lagi umphh
Close up siket supaya korang terliur.Kalau teringin nak merasa tapi tak ada daging, bolehlah tukar dengan sotong.Tapi guna Daginglah baru padu

Buat sementara waktu ni, korang tengok video tutorial dulu ya...
Resepi nanti saya unpdate kemudian.
https://www.youtube.com/watch?v=2f_WXGLvkeo

RESEPI DAGING BAKAR DANOK | DAGING BAKAR HARIMAU MENANGIS
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan Perap
280g daging
1 sb sos tiram
1 sb sos ikan
1/2sb gula
1 sk lada hitam kasar

Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan dan perap selama 30min (lagi lama lagi sedap)
  2. Panaskan pan, dan bakar hingga masak

Bahan Sos
2 sb beras sangai (boleh kurangkan)
1 akar ketumbar
2 ulas bawang merah
3 biji cili padi
Serbuk cili kasar/chilli flakes secukupnya
Air Asam Jawa
Jus limau nipis
Gula Thai/Gula merah
Sos ikan
Hirisan daun ketumbar 

Cara-Cara
  1. Tumbuk beras sangai hingga halus terlebih dahulu, kemudian tumbuk akar ketumbar,bawang merah dan cili padi.
  2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam mangkuk. 
  3. Masukkan air asam jawa secukupnya, perasakan dengan sos ikan, gula merah/gula Thai dan jus limau nipis. 
  4. Masukkan chilli flakes dan hirisan daun ketumbar. 
  5. Seimbangkan rasa masam, manis dan pedas secukup rasa. 
  6. Simpan dalam peti ais sebentar supaya semua mesra.

1 comment:

Susan said... Balas

I will bookmark this site and take the feeds also…I’m happy to locate so much useful information right here within the article. On Pictame2, we created 'Trending Now' and 'Hot Users' pages and also related users suggestions for you to discover the most exciting users on Instagram.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...