Cara Mudah Buat Kuih Dangai | Kuih Rangin | Tanpa Oven | Guna Sandwich Maker Jer

By LiNa_Pg - Wednesday, October 14, 2020

 Assalamualaikum...

Ramai ke penggemar kuih dangai atau juga dikenali sebagai kuih rangin.Rasanya sedap lemak manis dan sedikit kenyal.Aroma kelapa parut yang 'terbakar' tu menambahkan lagi keenakan kuih dangai ni.Mesti ramai yang terfikir susah nak membuat kuih rangin ini kerana memerlukan acuan khas untuk membakarnya.Jangan risau, kita yang buat dia, kita olah jer mengikut peralatan yang ada kat rumah.Permudahkan jer janji rasanya sama dan boleh menikmati kuih tradisional hasil air tangan sendiri.Kadang-kadang nak beli kat pasar malam pun bukan main susah sekarang.Sudah semakin kurang orang berjualan.Tak tahulah sama ada kurang mendapat sambutan atau pun tak ada orang yang usahakan.

Alternatif untuk menghasilkan kuih dangai ini ialah masukkan adunan ke dalam loyang atau pun acuan yang sesuai.Lina pg menggunakan muffin tray, dapatlah saiz comel-comel.Kemudian bakar dalam oven hingga mencapai tahap kegaringan yang disukai.

Cara kedua bagi mereka yang tidak mempunya oven ialah membakar kuih dangai ini menggunakan sandwich maker.Senang sangat.Masuk jer oven tutup kejap, tunggulah hingga lampu padam.Siaplak kuih rangin kita.Pada mulanya saya nak guna oven, tapi macam lambat jer nak siap bakar.Baki adunan yang masukkan ke dalam sandwich maker, lagi cepat siap dan tektur kuih sangat hampir dengan yang jualan di pasar malam.Lagi mudah keje.Cepat pun cepat siap.So, korang boleh cuba cara kedua very recommended.

Untuk resepi kuih dangai ini saya ada sediakan video tutorial di youtube juga.Macam biasalah dah lamaaaaaaaaa post kat sana.Nampak berapa banyak aaaaa kat perkataan lama tu haha...Itu menunjukkkan lama nau dah buatnya.

Okey jom kita semak resepi Kuih Dangai ni.Dah tahu resepi kenalah praktikkan tau...Rugi kalau tak cuba.

Disebabkan gambar ada dalam folder laptop satu lagi, tak boleh access terpaksa terus tepek video dalam blog ni.Untuk lebih mudah, korang klik paparan di bawah ya...terus je menonton video tutorial

https://youtu.be/ptakpTpgSRQ

KUIH DANGAI | KUIH RANGIN PALING MUDAH NAK BUAT

By Malina lina pg  http://linapg.blogspot.com/

Bahan-Bahan (sukatan cawan biasa)

2 cawan kelapa parut (lina pg guna kelapa parut putih)

1 cawan tepung pulut

1/2 cawan gula

Sedikit garam


Cara-Cara

  1. Satukan semua bahan dan gaul rata.Adunan nampak berderai seperti serbuk roti.
  2. Sapukan sedikit minyak pada loyang/muffin tray/bekas yang sesuai.
  3. Masukkan adunan tadi ke dalam muffin tray.Bakar suhu 150'c selama 15-20min hingga mencapai kegaringan yang digemari.
  4. Cara kedua, sapukan sandwich toaster dengan sedikit minyak.Kemudian masukkan adunan ke dalam.Bakar hingga masak.Guna sandwich maker lebih mudah.
  5. Sedia dihidang bersama teh O, makan panas-panas memang sedap.Selamat mencuba.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments