Tips & Petua Cara Simpan Daun Kesum Kekal Segar, Beraroma Dan Tidak Kecut
Assalamualaikum...
Hari ini saya nak kongsikan tips atau petua cara simpan daun kesum pula.Cara ini sangat praktikel, menjimatkan belanja, tidak membazir dan memudahkan kerja-kerja memasak.
Selalunya kalau beli daun kesum, nak guna tu siket sangat, yang selebihnya akan kecut atau menjadi kuning.Bila nak buat masak pun dah tak tergamak nak guna.Hilang selera tengok daun kuning2 atau dah kecut semuanya.
Cara menyimpan daun kesum ni saya gunapakai kaedah dari cara simpan bunga kantan.Caranya hampir sama, cuma kita sesuaikan dengan daun kesum pulak iaitu:
Sebelum simpan daun kesum pastikan daun kesum dicuci bersih terlebih dahulu.Kerana kita akan guna terus setelah disimpan.Tak perlu difrost.
Harap-harap tak adalah yang sangka ini aiskrim 1 Malaysia pulak ya...Kalau tidak nayaaaa anak2 makan aiskrim perisa bunga kantan dan daun kesum...hahaaa...Sila bagi peringatan kat anak masing2 yeaTIPS dan Cara simpan daun kesum supaya kekal segar dan beraroma
by Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
- Ambil sedikit daun kesum, anggaran 2-3 tangkai (saya ambil sekali dengan batang yang lembut (bukan daun semata)bahagian batang yang keras tu tak ambil.
- Gulung/simpul daun kesum menjadi anggaran sebesar ibu jari (agak2 boleh sumbat/masukkan ke dalam plastik aiskrim)
- Masukkan ke dalam plastik asikrim.Cara paling senang, tolak guna chopstik.Supaya gumpalan daun kesum tadi boleh sampai ke hujung plastik.
- Buat beberapa gulungan/gumpalan terpulang sebanyak mana kita nak guna untuk sekali masak.Lina Pg buat 3-4 gulung/gumpalan untuk satu plastik.
- Isikan air bertapis/air mineral/air coway ke dalam plastik berisi daun kesum.Air mesti menenggelamkan daun kesum (supa aia kekal segar - hijau).
- Ikat dengan kemas,macam ikat aiskrim 1 malaysia.Simpan dalam peti sejuk beku.
- Apabila hendak digunakan untuk memasak, ambil sekadar perlu.Iaitu satu plastik sahaja.Gunting bahagian hujung plastik dan terus masuk ke dalam masakan.
- Selamat Mencuba.Untuk video boleh refer ke video cara simpan bunga kantan.Teknik sama cuma perlu gulung daun kesum sahaja.
2 comments
ooo macam ni cara simpan daun kesum ek! terima kasih atas perkongsian ;)
ReplyDeletesama² baru tak membazir kan? kalau tidak, asyik kuning dan kecut jer
Delete