Kisah Banjir Di Kelantan

By LiNa_Pg - Tuesday, January 13, 2015

Assalamualaikum...
Hampir 2 minggu berada di tahun baru 2015.Penghujung tahun 2014 tercatit sejarah dalam negara kita bila negeri2 Pantai Timur terutamanya Kelantan dilanda banjir yg besar.Paling besar yg pernah saya tengok.Menurut cerita orang tua yg berpengalaman dengan bah merah (1967 kalau x silap saya)banjir 2014 lagi besar bagai badai tsunami.Kuat betul kuasa air..banyak rumah musnah, hanyut, rosak dan pelbagai harta benda awam juga turut musnah.
Pengalaman terputus hubungan dengan keluarga dan keluarga mertua cukup meisaukan.Selama 5hari jugak la kami tidak mendapat khabar berita dari kg akibat belakan elektrik diputuskan sebab pencawang elektrik turut tenggelam.
Hati meronta untuk pulang ke kampung melihat keadaan org tua tetapi apa kan daya lebuhraya Timur-Barat runtuh akibat hujan lebat.Proses baik bulih makan masa agak lama jugak...Kami mencari jalan alternatif lain..Jln terbaik melalui CH-Lojing-Gua Musang...Ya Allah dugaan lagi bila jalan CH-Lojing juga ada tanah runtuh dan semua kenderaan tidak dibenarkan melalui kawsan tersebut (kecuali 4x4)
Kami masih buntu..selepas beberapa hari barulah ada jalan pulang.Hampir satu semenanjung kami jelajah untuk sampai ke Kelantan.Dari Penang-Simpang Pulai-Cameron Highland-Ringlet-Sg.Koyan-Kuala Lipis-Merapoh-Gua Musang-K.Krai-Machang-Tanah Merah.Perjalanan mengambil masa selama 16jam...Ya Allah dari dr KL naik flight dah sampai Paris ni huhu....Kami bertolak seawal 8am..tiba di kampung ~12am (+1day)
Semasa melalui perkampungan Gua Musang dan K.Krai sempat jugak melihat kemusnahan teruk kwsn tersebut..sayangnya kami x sempat nk snap gambar sbb hari sudah gelap..dan keadaan juga berdebu..Sesiapa sahaja yg melalui kawasan ni pasti akan menitiskan air mata.Kawasan gelap dan suram sebab ketiadaan bekalan elektik.Jalan raya di meriahkan dengan pacuan 4 roda yg menghantar bantuan bekalan makanan...Sungguh pemurah rakyat Mesia...Hanya Allah sahaja yg membalas budi kalian semua...amin
Baiklah kita tinggalkan Gua Musang dan Kuala Krai..Setibanya di Kg mertua sempat juga berbual sebentar sbb hari dah awal pagi...Bagaimana pengalaman beliau melarikan diri dari banjir hanya sehelai sepinggan..yg sempat dicapai hanya dompet dan ic.Sungguh sedih sekali...Mujur ada sedara mara dan adik beradik beliau tinggal di kg tersebut.Melihat pada kesan air pada dinding rumah (masa ni lumpur telah dibersihkan oleh 2 orang adik ipar saya) Air banjir melebihi paras pintu rumah.Maknanya tenggelam ketinggian manusia..Semua perabot turut musnah sbb bukan banjir biasa..banjir yg membawa lumpur dan selut...
Biarlah gambar berbicara.....

Gambar2 ni semua dr hp husband dan adik2 ipar saya..saya sndri x sempat nk snap 
Mesin Basuh dari dapur di bawa arus banjir hingga ke ruang tamu (kedua) Bahagian atas (tile) telah dibersihkan dari lumpur..yg bawah sket tu masih berlumpur
Selepas dibersihkan...

 Misi mencuci pinggan mangkuk dari lumpur dan selut 
 Anak dara dan anak bujang mama juga tolong bersihkan rumah nenek


 sukarelawan dari Johor khidmat percuma baik pulih motorsikal..



  • Share:

You Might Also Like

7 comments

  1. Assalam memang teruk sangat banjir tahun ni, lepas tu pelik pulak tu ada tempat kena ada yg tak kena, Alhamdulillah berkat gotong royong bersih dah umah chek, kalo dia buat sorang2 rasanya tak siap, Nasib baik anak2 chek blk semua

    ReplyDelete
  2. Salam kak lina.. alhamdulillah anak2 dpt balik kg tolong bersihkan rumah.. xdpt bayang org yg rumah musnah terus TT tahun lepas mcm ni la rumah tun kat kg kak.. masih terasa lg sedih dan penatnya mengemas rumah. samp skrg semua tido atas tilam je, malas nk beli katil baru.. sofa pon xde, tinggal kerusi yg kayu je.. alhamdulillah tahun ni air xseteruk thn lepas, cuma dapur dan bahagian rumah yg rendah je yg naik air.

    ReplyDelete
  3. besar sungguh dugaan ni kan kak lina..berat mata memandang..berat lagi bahu memikul..moga keluarga kak lina tetap tabah dan sabar ya..semua ni pasti ada hikmahnya..moga mendapat bantuan yang sewajarnya..

    ReplyDelete
  4. semoga keluarga Kak Lina tabah menghadapi dugaan ni... saya aritu nasib baik redah jalan Lojing - CH tu lepas jugak nak lalu, kalau tak jauh nak pusing

    ReplyDelete
  5. Assalamuakaikum sahabat...rmah maknlina naiknair jgk...besar dugaanNya buat rkyat klate thun ni...memang sprti tsunami dh kesannya...piluuu sngat bila tgk gmbar dan video2 yg ditrima...smga lina sklrga dan saudara2 kita yg lain tabah dan redha dgn ujianNya...berat mata memandang berat lgi bahu yg memikul...sepupu kita dan kwn2nya pun blik bwa bntuan mknan dgn lori 3 tan utk kwsan kuala krai n tanah merah hsil sumbangan yg kami kutip dri pelbagai pihak...Alhamdulillah rmah Ma kita xnaik air...

    ReplyDelete
  6. sabar dan tabahlah menghadapi dugaan ini..berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul...

    ReplyDelete
  7. Smg d beri kekuatan.sabar n redho dgn ujian Allah.

    ReplyDelete