kek

Resepi Kek Span Dan Kastad Pandan

By LiNa_Pg - Monday, January 26, 2015

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...akhirnya berjaya juga membuat Kek Kastad Pandan ni..2015 baru sampai seru hehe..Orang lain dah berkurun buat dan dah kaya raya ambil tempahan kek ni.Tak pe lah better late than nothing kan?Ekceli saya tak berani nak buat takut tak dapat sambutan..tekak anak3 ni susah sket.Tambah lak basic kek span..haish cam badi lak nk buat kek span..astik bantat jer kikiiii..Alhamdulillah rata2 menggunakan resepi ni dan hasilnya mmg menjadi...Kek ni saya buat khas untuk bujang sulung sempena besday dia mggu lepas..First week sekolah bz ya amat..beli yg slice jer la time tu..Tp sian pulak sbb ada suara2 sumbang yg cakap..xyah beli la mama..takde kek pun xpe..nnt mama free baru buat...xbuat pun xpe sbb dah dia dah besar.Alahai cam sadis lak..anak tokey kek camtu kikiiiii.
Bercakap pasal kek ni...saya sebenarnya kena buat pengakuan ikhlas...kek ni sangat sedap dan anak3 termasuk abah depa suka kan kek ni..Tuan besday tu xpe la mmg makan jer...si kecik yg cerewet yg amat tu pun makan beberapa slices..Alhamdulillah..

Jom hi tea ngan kek kastad pandan..
Sedap lemak2 manis yg sedang2 saja

RESEPI KEK KASTAD PANDAN
By : :LiNa Pg (Teratak Mutiara Kasih)
Sumber : EmbunRosaliza

Bahan-bahan (Saiz 9in )

  • 1 biji kek span pandan  (Resepi kat bawah)

Bahan (A)

  • gula kastor -180gram (LiNa Pg gn 3/4 cawan)
  • air daun pandan - 500ML
  • serbuk agar-agar segera - 15ML /1 sudu makan (LiNa Pg gn 10g)

Bahan (B)

  • santan pekat - 400ML 
  • tepong hoen kwee hijau - 85gram (Contoh tepung-tgk SINI)
  • pewarna hijau - 5ML/1 sudu teh
  • secubit garam
 Hiasan - 1 cawan kelapa kering (LiNa Pg skip)

Cara-Cara

  1. Kek span di hiris kepada 2 bahagian. ketepikan
  2. Untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. masak atas api sederhana hingga mendidih. kacau hingga gula hancur.
  3. Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).
  4. Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.
  5. Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..
  6. Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
  7. Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
  8. Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..

simple2 jer
Masa melapis

RESEPI KEK SPAN PANDAN
By : LiNa Pg
Sumber :myR

Bahan-Bahan ( 1 biji kek )

  • Tepong super fine - 150 gram (LiNa Pg gn tepung gandum jer)
  • gula kastor - 150 gram (LiNa Pg guna 3/4 cawan)
  • 5 biji telor A
  • ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
  • air daun pandan - 80ML
  • minyak / mentega cair -80ML
  • pes pandan - 5ML/ 1sudu teh
  • serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
  • sedikit pewarna hijau 

Cara-Cara

  1. Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
  2. Perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. Sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius (LiNa Pg bakar selama 40min suhu 150'C) api atas dan bawah
  5. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis...(kecut)

kek span pandan pas masak.Alhamdulillah menjadi ngan jayanya...
  
wangi satu rumah ngan aroma panda...gebu dan sangat lembut kek ni

  • Share:

You Might Also Like

17 comments

  1. cantiknya kek tu Lina..acik kalau buat kek kek lapis2 ni memang tak pandai..kek bodo je bak kata orang sekarang ni yang acik boleh buat

    ReplyDelete
  2. assalamualikum Lina, dah lama kaknoor nk buat tapi smpai skrg asyik dok tengok orang bua, nmpk sngt mengancam tu

    ReplyDelete
  3. @Acik Erna
    Terima kasih acik..buat 2 lapis jer tu..org lain buat sampai 3-4 lapis..x berani nk potong nipis2 acik

    ReplyDelete
  4. @Nooriah Abdullah
    wslm kak noor..Ooo kite geng la kalau camtu..2015 br sampai seru hihi..
    Jom2 pakat buat

    ReplyDelete
  5. it looks beautiful and delicious !

    ReplyDelete
  6. cantik jadinya kek kastad kak lina tu..wana pun belum lagi penah try buat kek kastad ni sebab xde permintaan..huhu..

    ReplyDelete
  7. fuyoooo masa baca tak berapa nampak cemana lah rupa kek kastad nih... dah tengok ke gambar kemain sedap lagi nampknya....

    tak pandai nak buat tapi kalau ada memang tak tolak lah...

    ReplyDelete
  8. Saya nak tanya..bila buat kek span tue..time masak dye naek cantek..bila dh masak then kita telangkupkan kek tersebut..bila sejuk bhagian bwh kek jd melengkung mcm bentuk mangkuk..sebab ape yew..

    ReplyDelete
  9. Mmg sedapp..sy dah try resepi ni..mmg jdi :-)

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. over beat yea..first time buat..next time akan cuba sampai brjaya buat.thank u reply..

      Delete
  11. Saya dah try buat..bahagian atas n tgh mmg lembut...tp bawah kek mcm bingka...tak gebu...kenapa ekk

    ReplyDelete
  12. Cantik je jadi chiffon ni.pernah try buat tp tak jadi.😭 harap2 resepi ni menjadi lah ,tqqq😊

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete
  13. Nak tanya daun pandan brp helai ye utk buat kastard dan utk kek tu?

    ReplyDelete