Sarapan Ringkas Roti Sosej Dan Cheese

By LiNa_Pg - Wednesday, December 09, 2015

Assalamualaikum...
Dah bersarapan ke semua?Pagi ni kami hanya bersarapan ringkas sahaja makan roti ajer.Tp bukanlah roti kosong.Roti yang diolah sedikit tranform ke menu omputih..tabur2 cis enak dan mengenyangkan.Kalau asyik sarapan dengan Mi Goreng, Bihun Goreng, Nasi Goreng dan Nasi Lemak ajer bosan jugak kan?Apa kata tukar selera siket..kalau roti goyang dgn telur tu dah terlalu biasa kan?Kali ni mengunakan Roti, Sosej, Telur dan Cis.Adk beradik dengan Egg Benedict jugak tp lain siket.

 Yang ni cantik siket sebab saya gelek dan potong bentuk bulat dan masukkan ke dalam bekas muffin.Nampak mcm kelopak rose.Sosej pun potong bulat2

RESEPI ROTI BERSOSEJ DAN CHEESE
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-Bahan

  • Roti secukupnya
  • Sosej (hiris nipis)
  • Cheese mozzarella
  • Sedikit oregano
  • Sedikit serbuk lada hitam kasar
  • Magi cukup rasa/garam
  • Telur
  • Butter dan acuan muffin
Cara-Cara
  1. Panaskan oven suhu 150'C selama 20min
  2. Acuan muffin disapu butter.Roti dibuang tepi.
  3. Roti tu option, nak gelek ke xmau gelek terpulang.Pastikan disapu butter ke dua belah sebelum masuk ke dalam acuan muffin
  4. Masukkan sosej ke dalam roti
  5. Pukul telur menggunakan garfu.Masukkan garam/maggi cukup rasa ke dalam telur.
  6. Tuang telur ke atas roti.
  7. Taburkan cis mozzarella,lada hitam dan oregano.
  8. Masukkan ke dalam oven, bakar hingga cis mencair dan nampak golden brown.LiNa Pg bakar selama 20min

Yg ni versi buang kulit tepi dan dan x gelek..tektur rangup macam roti bakar
 Sebelum bakar
 selepas bakar

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. sedapnya.. dulu rajin buat..tp sekarang ni..mmg x sempat

    ReplyDelete
  2. @Rizziela
    Yg ringkas camni cepat siket buleh makan hehee..kadang malas jugak nk monggoreng bihun ke apa pg2 ni

    ReplyDelete