Pancake Mayonis Sedap Dan Gebu Resepi Mudah

By LiNa_Pg - Tuesday, August 16, 2016

Assalamualaikum...
Agak lama jugak saya tidak menyediakan pancake untuk keluarga.Tiba2 tekak terasa nak makan.Belek2 dalam peti ais ada sedikit mayonis terus buat pancake mayonis gebu,lembut dan sedap resepi pun mudah jer.Saya buat siket jer sebab ada goreng bihun bodow2 jugak untuk sarapan hari ni.Pancake ni sekadar lepas kempunan jer hahaa.Resepi pancake sedap ni saya hasil olahan pancake yg lama.Bole tengok SINI jaman dulu kala lagi hahaa...Hasil sekodeng umah Dayangjack (lama dj x update blog)
Ada yang berminat dgn lempeng omputisss ni..jom kita semak resepi Pancake Mayonis versi LiNa Pg

Pancake lembut,pancake mayonis, pancake sedap, fluffy pancake,resepi pancake
Pancake Mayonis Gebu2 Lemak Manis..Lembut jerrr.LiNa Pg makan camni jer pun dah cukup sedap

Resepi Pancake Mayonis
By Malina LiNa Pg
Bahan-Bahan: 

  • 3 sudu besar butter (cairkan kemudian sejukkan)
  • 1 biji telur  (LiNa Pg gn gred A)
  • 1 ½ cawan tepung naik sendri
  • 1 sudu teh baking powder 
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 cawan susu segar (atau susu cair) 
  • 1 sudu besar mayonis 
  • secubit garam 

Cara-Cara :

  1. Satukan semua bahan ke dalam blender, kisar sebati.
  2. Biarkan adunan selama 10 minit
  3. Tuangkan sesenduk adunan dlm kuali non stick yg telah panas
  4. Terbalikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih (tggu hgga permukaan xcair baru t'blikkan)
  5. Biarkan seketika, bolehlah diangkat.Hidangkan panas2.Pancake gebu ni enak dimakan bergitu saja.Sudah cukup lemak manisnya

Pancake lina pg
 Tips guna api kecil sahaja supaya pancake masak sempurna dan tidak cepat hangus.
Pancake sedap dan lembut
 Jom sarapan resepi ringkas yang penting sedap dan mengenyangkan

  • Share:

You Might Also Like

7 comments

  1. MasyaAllah, sempurnanya rupa pancake akak. Bookmarked! Nanti nak cuba ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..rasa pun sedak kat tekak kami.
      Cuba la senang jer tu

      Delete
  2. alahaiii..cantik kejadian pankek tu, PG..mesti gebus gebas lembut tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq SB..haah..lembut dan gebu dan cukup manis dah xyab boh madu/hersey sirap dah

      Delete
  3. tq for sharing..
    nak cubalah nanti... :D

    ReplyDelete
  4. salam kak, thanks share pancake gebus dengan myonis..saya nak cuba buat:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan cik matahari.. insyaaAllah sedap dan gebu gebas

      Delete