Bercuti Ke Kota Kinabalu Dan Kundasang (Day 2)
Assalamualaikum...
Hari kedua di KK, kami bersarapan di kedai mamak jer.Dekat dgn hotel dalam 100m jer.Pi makan sat, lps tu balik ambil luggage terus cek out.Peringatan lembut...saya nasihatkan u olls kalau nk ke Kundasang harap kenyangkan perut terlebih dahulu,sbb tersangat susah nk jumpa kedai makan di tepi2 jalan.Dalam kol 9am kami bergerak ke Kundasang.Waze haram xleh guna, mujur dak sarah bw henpon lenobo dia buleh gak guna papago..sesekali back up guna google map plak.Tapi jangan risau jalan terus jer..jumpa round about pun terus jer (amek pukul 12) hingga jumpa round about kobis besar.Lamaaaa tul dekat 2jam perjalanan.Odw ke Kundasang kami menyinggah jugak di beberapa tempat.Lokasi Pertama ialah Rumah Terbalik.Kedudukan rumah terbalik ni ialah suku perjalanan ke Kundasang,disebabkan kami bermalam di Kundasang, jd perjalanan adalah santai sahaja hehee.Kali pertama sampai KK, haruslah singgah sini, biarpun saya dah gugel terlebih dahulu, tak ada pun sangat..ala2 pi muzium pameran saja kekdah hahaa...Moh la tengok
Dah alas perut ngn mi, beli sedikit bekalan makanan ringan.Jom kite teruskan perjalanan.
Ok dah sampai Kundasang.Hajat hati ptg tu terus nk tengok lembu..esok boleh buat aktivit lain.Tp memandangkan hari gelap (menandakan hujan bakal turun)dgn kereta banyak giler nk masuk tgk lembu tu, kami membatalkan hasrat.Kami teruskan perjalanan utk check in ke homestay saja.Dekat jer dr sini lebih kurang 10min (sebab jalan berbukit)
Inilah homestay kami Jilinieja Homestay yg terletak di Perkampung Mesilou Ranau.Tempat ni sangat sejuk u olls.Kalau bernasib baik mmg boleh nmpk Gunung Kinabalu dr tingkap jer.tapi sayangnya masa kami sampai disambut hujan super lebat.Terus santai dlam rumah jer.Jilinieja Homestay ni ada 2 bilik tidur, dapur,peti sejuk.Besar dan agak selesa.Boleh muat 10 orang.Tapi kami cuma berlima sahaja.Dekat sini ada kedai runcit jugak, kalau nk beli susu,gula untuk bancuh minuman panas, boleh jalan kaki jer ke kedai tu.
Petang tu lps hujan berenti,kami kuar cari makan.Sebelum ke sini saya ada gugel cari tempat makan sbb Kundasang ni mmg agak susah nk cr Restoran.Alhamdulillah jumpa gak Restoran Hidayah ni (paling femes disebut blogger yg pernah ke sini)Kalau u olls nk makan KFC pun ada dekat tepi jalan besar jer.Kami makan nasi goreng ayam jer dan beli chicken wing utk kudapan kat homestay.
Belakang tu Gunung Kinabalu tp xnampak sebab masa ni hujan rintik..maisarah jer posing lepas tu terus lari masuk kedai.Gelap dah belakang tu pada hal br pukul 6.10pm
***Happy Holiday..hari ni cuti Thaipusam**
2 comments
Yeahhh..akhirnya kak lina dah jejak sabah..seronok kan kak bila dapat pegi sini..mesilau memang sejuk sebab dekat dengan gunung kinabalu.mandi pun pikir sebab walaupun ada heater masih sejuk gilerrr..^_^
ReplyDeleteMmg sejuk giler mesilou ni..seb baik heater dh modify jd bolehlsh mndi dgn smpurna.Kalau tidak,mmg mndi koboi jer la hahaaa
Delete