Assalamualaikum
Agak lama dah masak Nasi Biryani Pakistan ni, lina pg masak guna kambing.Kebiasaannya saya masak nasi beriani versi saya sndri.Boleh tengok kat SINI kali ni masak versi lain pulak.Tukar selera.Bila saya gugel resepi Nasi Biryani, mesti kuar dari rumah kak azie..bila baca stepnya mak aih panjang nau...terus terbantut nk masak.Kali ni gigih jugaklah buat...tak cuba xtau kan?So,kalau u olls berminat bolehlah cuba.Kalau nak tengok step by step boleh pi ke blog kak azie.
Ini selepas siap melapis..bahagian atas ialah daging..LiNa Pg letak jugak lebihan kuah kambing tu
Lapisan pertama Nasi, dan telur
Nasi yg telah masak sempurna
Gembur2kan supaya jadi warna warni camni
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Sumber Kak Azie Kitchen
Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi (rendam 1/2jam dan toskan)
1kg kambing (LiNa Pg beli yg bertulang)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 biji buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit
3 bawang besar – potong dadu
4 biji tomato (dadu)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt (LiNa Pg guna 1bks kecil yogurt)
2 bay leave
Minyak olive (LiNa Pg guna butter)
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas & rebus (LiNa Pg skip)
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning
Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci
Daun mint
Badam & kismis, jika suka
Cara Penyediaan Lauk (Kambing)
- Perap kambing dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam
- Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.
- Masukkan ayam/kambing yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk.
- Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak. Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.
- Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api (LiNa pg pindahkan ke Pressure Cooker supaya cepat empuk)
Car Penyediaan Nasi:
- Basuh beras, rendam selama 30 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.
- Masukkan beras dan masak/rebus beras sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.
- Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.
Cara Penyediaan Nasi Beriani:
- Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning (LiNa Pg tabur sedikit saffron) ke atas nasi. Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.
- Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi. Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.
- Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam/kambing. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.
- Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas (LiNa Pg guna kaedah selamat kukus jer hingga masak)
- Keluarkan periuk dari rice cooker/pengukus dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah. Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt.
Inilah dia rupa Nasi Beriani Pakistan...Sedap ke tidok?Kenalah cuba hihi
2 comments
Wow, Lina! Tetiba PH rasa lapar plak hah..hah.. Nasi Beriani Pakistan ni very special lah. Banyak kerja but worth the trouble. Kalau PH, kena tunggu hari bila mood rajin baru boleh buat.
ReplyDeleteaduh Lina! Berliur saya tengok ni...masha Allah sedapnya!
ReplyDelete