Kuih Lopes Sedap Dan Mudah Cara Membuatnya

By LiNa_Pg - Tuesday, August 01, 2017

Assalamualaikum...
Lately rajin benar buat kuih muih lama ni.Bukan rajin sangat tapi ada kisah disebaliknya.Hari tu saya minta en.suami belikan kelapa parut RM6 kononnya nak buat Nasi Kerabu, dek kerana kebizian..Nasi Kerabunya entah ke mana huhu..Untuk mengelakkan bernanah telingan kena bebel pasal kelapa parut tu saya pun buatlah macam2 kuih2 untuk abeskan.Kang lama2 dalam peti ais masam pulak nyoq tu kan?Kuih pertama yang selamat dicuba ialah Apam Nasi pastu kita godek2 pulak buat Kuih Lopes haha.Agak lama jugak saya tak buat Kuih Lopes ni sebab anak2 agak kurang gemar kuih muih tradisional ni.Tambah pulak sorang tukang makan dok asrama.Tinggal la si kecik dan si kakaknya.Kakak plak bz dengan kelas tambahan..balik pun lewat dah.So, mama dengan abahlah tukang makan..Lebih tepat abahlah tukang perabis sebab mamanya makan seketoi saja kikiiiiii.Resepi Kuih Lopes ni saya follow n3 lama boleh tengok SINI hurmmmm tahun 2011 lagi.Lama benar xbuat kuih ni.Perlu diingatkan Resepi Kuih Lopes n bukan yang tradisional ya..kalau Kuih Lopes Asli,dibalut dengan daun pisang dan direbus selama 2jam.Ada juga yang balut dengan daun pisang kemudian kukus.LiNa Pg buat cara shortcut lepas kukus, padatkan dalam loyang kemudian potong.Kalau koran tak ada daun pisang boleh guna cara ni.Kalau nak balut lepas kukus yang pertama tu boleh balut dengan pisang kemudian rebus.Okey..step awal tu sama jer.Terpulang cara masing2.Janji boleh makan kuih homemade.Jangan gaduh2 pasal asli atau ori janji kuihnya masak..sudah la kan

Kuih Lopes sesuai untuk sarapan pagi atau hidangan minum petang.Pekena dengan Teh O kurang manis atau Teh O kosong memang sedap
Kuih Lopes
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan 

  • 2 cawan beras pulut 
  • 2 cawan santan cair 
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur 
  • 1/2 st garam 
  • beberapa titik pewarna hijau 
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam (LiNa Pg kukus skjp kelapa parut) 

Cara-cara 

  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau dan air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.
  2. Kemudian toskan beras pulut dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan dan air pandan kukus lagi selama 30minit (hingga masak)
  3. Alas bekas/loyang dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. 
  4. Kemudian golekkan dalam kelapa parut. 

Sirap Gula Melaka
1 ketul gula melaka (LiNa Pg guna gula kabong)
2 sb gula pasir
1/2 cawan air 
1 helai daun pandan

Cara
Satukan semua bahan, masak hingga gula hancur dan agak likat.Kemudian tapiskan

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. aduh lama nya tak melopes ni Lina teringin ja tengok lopes Lina lah
    tengok ayaq gula tu pekat memikattt

    ReplyDelete
  2. Kuih feveret ni k.Lina. mai sepinggan :)

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak makan kuih lopes. Teringin, tapi tak rajin macam Lina :)

    ReplyDelete