Assalamualaikum...
Ramadan datang lagi, tentu ibu-ibu atau yang bujang pening kepala nak masak apa yang mudah kan? Balik kerja, kena hadap jalan sesak dan menyebabkan kekangan untuk menyediakan juadah yang berbaloi untuk dimakan buat berbuka. Pastinya kita semua memerlukan makanan yang sedap dan paling penting sihat. Jadi untuk memastikan kita semua mendapat yang terbaik , jom cuba resepi mudah dengan hanya tiga hingga empat langkah sahaja.
Kali ini saya nak kongsikan satu resepi yang sangat mudah dan cepat, sangat sesuai untuk para ibu yang berkerjaya juga untuk golongan bujang iaitu Laksa Sardin Yeo's.Sesekali tukar selera berbuka puasa dengan Laksa sedap jugak kan?Resepi Laksa sardin Yeo's ni sangat mudah dan cepat disediakan.Juadah ini jugak sesuai dihidang semasa Hari Raya atau Open House.
500g laksa basah
- Masukkan bawang besar, cili giling dan Sardin Yeo's ke dalam pengisar.Masukkan 1 tin air (guna tin Sardin Yeo's).Kemudian kisar halus
- Masukkan bahan kisar ke dalam periuk.Masukkan air secukupnya (anggaran 4 cawan)
- Masukkan asam keping, bunga kantan, daun kesum dan kiub ikan bilis.Masak hingga mendidih.Kacau sekali sekala
- Apabila mendidih, kecilkan api dan reneh hingga kuah pekat.Sesuaikan rasa (tambah garam dan gula/perasa) jika perlu
- Dah siap tutup api.Kuah Laksa Sardin Yeo's sedia dihidang.
0 comments