Assalamualaikum..
Tercari2 resepi untuk hidangan hari raya nanti?Apa kata cuba buat Nasi Hujan Panas..sungguh mudah dan sedap.Sebelum ni saya pernah kongsikan resepi Nasi Hujan Panas ni tapi kali ini saya tukar siket cara masak iaitu dengan menggoreng nasi terlebih dahulu..saja tukar ikut kaedah nasi beriani..hasilnya nasi lagi sedap dan cntik sebiji biji.So, terpulang pada korang la nak follow cara yang mana.Kalau versi terdahulu boleh tengok SINI
Resepi kali ni lagi ringkas saya cuma guna bawang besar dan bawang putih yang dicincang sahaja.Bukan apa sebab kali ni masak tak plan..ingt nak masak nasi putih jer..tapi anak request nak nasi kaler, so buat ajerlah ikut bahan yang ada kat rumah...cincai2 kekdahnya..Step boleh tengok kat youtube jugak okey
3 cawan air
1/2 cawan susu cair
2 helai daun pandan (simpul)
1+1/2 kiub ayam maggie
2 ulas bawang putih (cincang)
1/2 labu bawang besar (cincang)
Rempah 4 sekawan (B.lawang, cengkih, pelaga, kulit ky manis)
LiNa Pg cuma guna bunga lawang dan kulit kayu manis jer
Minyak/Mentega/minyak sapi
Sedikit minyak
3 warna kegemaran
Hirisan ketumbar/pudina,gajus dan kismis (hiasan)
Cara-Cara:
- Panaskan minyak, masukkan butter/minyak sapi, tumis rempah 4 sekawan, bahan cincang dan daun pandan.Tumis hingga naik bau.
- Masukkan beras, kacau sekejap, kemudian masukkan kiub ayam.Gaul rata.(Kalau nak guna rice cooker, terus pindahkan ke rice cooker)
- Sementara itu didihkan air (3 cawan terlebih dahulu) untuk mempercepatkan proses memasak nasi.Saya masak agak lewat untuk berbuka
- Masukkan beras dan susu cair, gaul sebati. Biarkan hingga nasi kering (Kacau sekali sekala untuk mengelakkan hangit di bahagian bawah)
- Setelah nasi kering, kecilkan api dan buat lubang kecil2 pada nasi menggunakan sudu dan titiskan warna kegemaran, Letak berasingan (jauh2 sket setiap lubang)
- Tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak sepenuhnya (macam masak nasi biasa) Bila nasi masak, gembur2kan nasi dan taburkan daun ketumbar/pudina, gajus dan kismis Sedia dihidang bersama lauk kegemaran
1 comments
Cantik nasi hujan panasnya tu Lina!
ReplyDelete