Resepi Kuih Koleh Kacang Sukatan Cawan Mudah Dan Sedap | Kuih Kole Kacang Tahi Minyak Malina Lina Pg

By LiNa_Pg - Monday, September 20, 2021

 Assalamualaikum...

Lamaaaaa hilang dia timbul sekejap hihi..Sebenarnya agak sibuk sedikit seminggu dua.Hari ini curi masa juga untuk update blog.Resepi pun yang potong Q resepi resepi yang lain.Ini gara-gara puan blog Embun dok minta resepi bertulisan kuih kole kacang.Dengan pantas beliau dah cuba dan menjadi dengan jayanya.Lepas tu nak la update dalam blog tetapi si Lina Pg pulak tak update-update lagi resepi dalam blog hahaa.Begitulah selalunya lamaaaa baru muncul resepi dalam blog yang suam-suam kuku.

Okey berbalik kepada tajuk 'kuih' kita hari ini iaitu kuih koleh kacang hijau atau juga dikenali sebagai nama kuih kole kacang taik minyak atau tahi minyak.Kuih koleh kacang ni sebenarnya sangat senang nak buat, cuma kacau-kacau sampai likat sahaja.Untuk tahi minyak pun sama cuma kacau hingga tahi minyak terbentuk.

Sedikit tips untuk membuat koleh kacang hijau ialah penggunaan tepung kacang hijau yang betul.Jangan salah beli pulak.Kena beli yang siap digoreng/disangai dan warnakan sedikit kekuningan.Kalau yang belum disangai tepung kacang hijau akan berwarna putih dan tiada aroma.Selalunya tepung yang warna putih ini digunakan untuk membuat kuih tepung gomak(kalau tak silap sayalah) dan hasil kuihnya juga sedikit berbeza.

Resepi koleh kacang yang saya buat kali ini menggunakan sukatan cawan.Sangat mudahlah tak payah timbang-timbang bagai.Tekturnya sangat lembut dan rasanya lemak-lemak manis.Sedikit tips ringkas untuk mendapatkan warna kuih yang cantik, beli gula merah yang berwarna gelap sedikit.Untuk resepi kuih koleh kacang taik minyak ini saya menggunakan gula merah Thai cap bintang.

kuih koleh kacang mudah dan sedap, koleh kacang sukatan cawan, resepi koleh kacang malina lina pg, koleh kacang tahi minyak lina pg, kuih tradisional, kuih warisan, koleh taik minyak,
nampak lembutttt jer kan?Sedap sangat tau
kuih koleh kacang mudah dan sedap, koleh kacang sukatan cawan, resepi koleh kacang malina lina pg, koleh kacang tahi minyak lina pg, kuih tradisional, kuih warisan, koleh taik minyak,
Rasa lemak-lemak dengan kemanisan yang sedang-sedang sahaja.Kalau suka lebih manis, boleh tambah kemanisan dalam senyuman cia ...cia...

Resepi Kuih Koleh Kacang Hijau Sukatan Cawan 
by Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A (Tahi Minyak)
  • 2 cawan santan pekat
  • Sedikit garam
  • 1 helai daun pandan
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan dalam kuali dan kacau hingga tahi minyak terbentuk.Kacau lama sedikit untuk mendapat warna keperangan.
  2. Tutup api dan tapiskan tahi minyak dari minyak kelapa.
Bahan B (Air Gula)
  • 1 + 1/2 cawan gula merah Thai
  • 2 sudu besar gula pasir 
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan
  • Sedikit garam
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan dan masak hingga gula larut.Tak perlu mendidih.Tapiskan dan ketepikan sebentar.
Bahan C (Kuih Koleh)
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 1+1/2 cawan tepung kacang hijau (lina pg guna yang siap disangai)
  • Air gula merah (bahan B)
  • 2 sudu besar minyak kelapa (dari bahan A)
  • 1 helai daun pandan
Cara-Cara
  1. Dalam pengisar, satukan air, tepung kacang hijau dan santan.Kisar hingga sebati.
  2. Tapiskan ke dalam periuk dan masukkan air gula merah (bahan b) dan juga daun pandan.
  3. Jika adunan nampak berbuih, boleh ceduk keluar buih-buih tersebut.
  4. Guna api kecil sahaja dan kacau hingga nampak likat, kemudian masukkan minyak kelapa (tips supaya kuih nampak berkilat).
  5. Teruskan kacau hingga adunan kelihatan meletup-letup.Tutup api dan tuang ke dalam loyang yang dialas dengan plastik.
  6. Taburkan tahi minyak ke atas kuih semasa kuih masih panas.Biarkan kuih sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.
  7. Selamat mencuba.Untuk video tutorial, sila klik butang PLAY paparan di bawah

kuih koleh kacang mudah dan sedap, koleh kacang sukatan cawan, resepi koleh kacang malina lina pg, koleh kacang tahi minyak lina pg, kuih tradisional, kuih warisan, koleh taik minyak,
Tahi minyak yang dihasilkan ngam-ngam dengan saiz loyang 8x8in.

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. Terima kasih byk2 resipi. Ai dh buat dan menjadi dgn jayanya hasil YT Linapg. Nk update blog susah nk buat karangan resipi, tunggang langgang nnt.

    ReplyDelete
  2. @EmbunRosaliza
    gigih memalam update blog gara2 nak update kuih kole kacang.
    resepi pulut lepa pun tak ada lagi dalam blog.Bila nak sampai turn dia pun tak tahulah haha

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Lina.
    Memang mudah sangatlah guna sukatan cawan saja. Tak payah susah-susah nak timbang sukat lagi.
    Kole kacang antara kuih kegemarankita. Sedap sangat. Lemak-lemak manis rasanya.

    ReplyDelete
  4. @Amie
    waalaikummussalam kak amie...
    ye betul tu... saya sendiri pun suka guna rcp pakai cawan senang nak ingat.. tak payah timbang² bagai

    ReplyDelete