kek

Resepi Kek Pound Sedap Lembut Dan Gebu | Apa Beza Kek Pound Dan Kek Butter/Kek Majerin | kek marjerin gebu malina lina pg

By LiNa_Pg - Friday, September 24, 2021

 Assalamualaikum....

Kembali bersiaran, terima kasih masih setia berkunjung ke blog Teratak Mutiara Kasih.Puan blog macam itulah sekejap ada sekejap hilang.Hari ini curi sedikit masa untuk update dalam blog.Hari ini saya nak kongsikan satu resepi kek yang sangat simple dan menggunakan bahan basic sahaja iaitu Kek Pound.Apa beza kek pound ke kek butter/kek majerin?Dari segi rasa,tektur dan bahan yang digunakan adalah sama sahaja.Perbezaan utama ialah kek pound dibuat dalam loyang/loaf kebiasaannya bersaiz 8x4in dan kek butter/kek marjerin dibuat menggunakan loyang besar.DAN biasanya berat kek pound untuk 1 loaf adalah lebih kurang satu pound iaitu 453g.Macam kek yng saya buat ini beratnya anggaran 460g untuk 1 loaf.Lebih kurang 1 pound la kan?Kalau ada yang tanya boleh ke guna loyang besar?Jawapannya boleh tapi dah bukan kek pound la sebab namanya ditukar kepada kek butter/kek majerin/kek marble.

resepi kek pound, kek pound mudah dan sedap, kek pound sukatan cawan, kek marjerin mudah dan sedap, kek butter lembut dan gebu, kek pound gebu, kek marjerin simple, kek marble mudah dan sedap, kek marble gebu dan lembut,

Untuk resepi kek pound kali ini saya menggunakan vivo golden butteri.Mak aih wangi sungguh aroma kek pound yang dihasilkan memang buat saya tak sabar nak makan.Selalunya kalau saya shoot video, saya akan sabar tunggu sejuk terlebih dahulu supaya tektur kek lebih 'firm' dan cantik bila dipotong.Entah kenapa kali ini 'agak gelojoh' sedikit haha...Alhamdulillah walaupun dipotong semasa masih panas tapi tektur kek sangat cantik, lembut, gebu dan melantun-lantun bila dipicit.Potongan kek juga kemas elok jer tak adalah sememeh sebab potong panas-panas.

resepi kek pound, kek pound mudah dan sedap, kek pound sukatan cawan, kek marjerin mudah dan sedap, kek butter lembut dan gebu, kek pound gebu, kek marjerin simple,

Tektur kek ni sangat moist dan rasanya sedikit creamy.Memang sedap sungguh la.Kalau follower tegar blog TMK ni memang tahulah saya ni seorang homebaker (pencen) sebelum ini pelbagai jenis kek, biskut dan brownies telah saya buat.Paling laris ialah kek buah kukus seluruh Malaysia kek buah saya pos, pernah terbang sampai ke Sabah dan Sarawak juga.Bila dah jadi homebaker, sudah tentulah pelbagai jenis butter/majerin/pure butter yang saya gunakan.Secara jujurnya vivo golden butteri hampir menyamai rasa pure butter walaupun ianya berada dalam keluarga butter campuran.Diperbuat dengan minyak kelapa sawit dan isi rong kelapa sawit dan dicampur dengan mentega/butter.Disebabkan vivo golden butteri adalah butter campuran dan dibuat menggunakan kelapa sawit, daya ketahanan/longlife nya agak panjang dan tak perlu disimpan dalam peti ais.Cuma simpan pada suhu bilik sahaja.Cuma jangan dedahkan kepada sinaran terus cahaya matahari.Pendek kata jangan p jemur tengah panas dah la yea.Lagi satu bila butter/majerin yang kita simpan kat luar (bukan dalam peti ais) sebenarnya sangat memudahkan urusan salah satunya jimat ruang peti ais dan kedua ialah kita boleh terus guna bila nak membuat kek, biskut atau memasak kerana vivo golden butter telah sedia digunakan.Dah memang lembut cuma perlu ceduk dan terus guna.Senang kan?

Kek Pound ini saya buat menggunakan mixer.Saya ni jenis yang agak cerewet siket dengan peralatan baking.Selalunya bila siap mengadun saya akan bilas dengan air dan siram dengan air panas untuk hilangkan minyak.Tetapi vivo golden butteri ini lain dari yang lain...lepas guna saya cuma basuh dengan sabun dan siap.Langsung tak berminyak.Bagi homebaker di luar sana, saya sangat sarankan kalian mencuba vivo golden butteri.Saya sendiri pun sangat puas hati.Kek yang dihasilkan lembut, gebu, moist dan rasa creamy.Cuba tau.Boleh dapatkan di kedai menjual barangan kek yang berhampiran

vivo golden butteri, butter murah dan sedap,
Kalau ada yang cakap...eh tak pernah tengok butter ni.Betul dan anda sangat jujur bila mengaku tak pernah tengok kerana vivo golden butteri baru sahaja launch.Lepas ni boleh cari kedai barang kek ya.Kalau di pasaraya memang tak ada jual.

vivo golden butteri, butter murah dan sedap,
Jangan risau ya...vivo golden butteri adalah HALAL

vivo golden butteri, butter murah dan sedap,
Saya percaya ramai yang pernah guna whipping cream vivo yang ada line merah tu kan?Saya sendiri pun memang pengguna tegar whipping cream non diary keluaran vivo ni.Kalau kat rumah saya memang sentiasa ada dalam peti ais.Semasa saya rancak ambil tempahan kek lava, whipping cream inilah yang saya gunakan
Kalau ada yang bertanya atau nak buat pembelian secara online boleh hubungi no tu ya.atau boleh hubungi melalui facebook page


resepi kek pound, kek pound mudah dan sedap, kek pound sukatan cawan, kek marjerin mudah dan sedap, kek butter lembut dan gebu, kek pound gebu, kek marjerin simple,
Resepi kek pound yang saya kongsikan ini sangat sesuai bagi mereka yang mulakan perniagaan (ambil tempahan kek secara kecilan)kerana cara membuat kek pound ini sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan.Paling penting rasanya sedap dan kosnya agak rendah.Kalau nak buat minum petang bersama keluarga pun sesuai sangat.

Resepi Kek Pound Simple Mudah dan Sedap
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 280g vivo golden butteri
  • 250g tepung kek/tepung superfine
  • 250g telur (timbang tanpa kulit) atau 5biji telur gred B
  • 200g gula kastor (1 cawan metrik)
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk esen vanila
Cara-Cara
  1. Satukan tepung kek bersama baking powder, ayak kemudian ketepikan sebentar
  2. Dalam mangkuk pengadun masukkan vivo golden butteri dan putar sekejap sekadar sebati (guna speed perlahan)
  3. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan teruskan putar.Bila gula telah habiskan, naikkan kelajuan mixer dan putar hingga butter kembang dan kelihatan pucat.
  4. Guna speed sederhana, masukkan telur satu persatu.Apabila telur pertama telah sebati, masukkan telur seterusnya.
  5. Kemudian masukkan esen vanila.
  6. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit (guna speed 1) Boleh juga kalau nak guna kaedah kaub balik menggunakan spatula.Masukkan tepung sekadar bercampur sahaja.JANGAN OVER BEAT nanti kek akan bantat.
  7. Sediakan loyang kek pound atau loaf aluminium 8x4in dan sapukan sedikit majerin.Tuang adunan kek dan ratakan.
  8. Bakar pada suhu 170'c selama 45min (atau hingga masak) api atas dan bawah.
  9. Note suhu dan tempoh membakar adalah bergantung kepada jenis,saiz dan kapasiti oven masing-masing.
  10. Setelah kek masak, cucuk dengan cake tester atau lidi.Jika lidi bersih itu bermakna kek telah masak dengan sempurna.
  11. Bolehlah dipotong dan dihidang.Selamat mencuba.
  12. Untuk video tutorial, klik butang PLAY paparan berikut

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Wowww cantik dan nampak sangat sedap kek ni. Ohw pound tu rupanya berat kek ni la ya. Pernah guna whipping cream jenama VIVO, butter ni belum pernah lgi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lajunya mai dapoq cheq hehee.
      Haah pound tu berat kek..sebab tu kek pound buat dalam loaf tu.
      Cuba cari kat BWY vivo golden butteri.. biasa kedai barangan kek ada repack kecik²

      Delete