Thursday, November 5, 2009

Kuih Ketayap


Takkan teh tarik je kan? meh la layan kuih ketayap ni, resepi mama kastam tioman. Saya wat setengah adunan jer, dapat lebih kurang 10 biji, mama minta izin kopi pes resepi kat sini ya:

Bahan-bahan ( 22 btg )

  • 3 cawan tepong gandum
  • 1 biji telor
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil perwarna hijau
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan minyak masak*
  • 3 helai daun pandan*

Cara-cara

  1. Satukan semua bahan, kecuali yang bertanda *, kacau sehingga rata. Kemudian tapis.
  2. Masukan minyak dalam mangkuk kecil. Daun pandan di potong 3 bahagian kemudian di ikat dengan getah gelang. Bahagian hujungnya di siat2 supaya senang untuk menyapu minyak pada kuali.
  3. Panaskan kuali. Angkat kuali tadi kemudian sapu minyak dan sendukan satu senduk kecil adunan kedalam kuali tadi dan goyang2 kan kuali supaya adunan menjadi dadar. Letakkan semula kuali di atas api.
  4. Setelah dadar masak, angkat. Isi satu sudu kecil inti kelapa. Susun memanjang, kemudian lipat di kiri dan kanan. Setelah itu gulung dadar tersebut.
  5. Dah siap..makan..makan..

2 comments:

iL@_nFch... said... Balas

nk taw cara bt inti dye 2..hee

myda_ahmad said... Balas

baru je buat dlm bulan lepas..kalau x silap...
eh!...samalah pinggan kita....

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...