Tuesday, December 8, 2009

Puding Marble


Salam suma kawan2 blogger dan tetamu 'Teratak Mutiara Kasih' yang tak jemu2 berkunjung ke teratak yang tak seberapa ni. Menu dinner kami tersangatlah simple lauk ikan goreng, sayur campak2 dan ulam. Tu jer..malas la nak wat seisi fotografi, memandangkan ikan goreng baru jer tayang 2ari lepas. Untuk tidak menghampakan pengunjung2 blog ni, saya godek2 dlm gobok, terjumpa la gambo puding marble ni..kira sesuai la utk tatapan umum ngee..Puding Marble ni dah lama wat tau. Jangan dok mintak2 memang kompom udah pinish..Meh tengaok resepi. Ops..terlupa lak tuan tanah resepi puding marble ni iezamel78, ieza saya kopi pes resepi kat sini ya..

Bahan-bahan ( 8 - 10 orang )

  • 2 gelas air
  • 1 paket agar-agar serbuk (10 gm)
  • 2 Gelas susu segar
  • 3 biji kuning telur
  • 3 sudu besar mentega/majerin
  • 1 sudu besar serbuk koko(sy gn choc emulco)
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 gelas gula (sy gna 2/3 gelas)

Cara-cara

  1. Masukkan 2 gelas air didalam periuk. Biar air hingga mendidih. semantara itu, pukul kuning telur bersama mentega, ketepikan.
  2. Bancuh tepung kastard bersama susu segar. Setelah air mendidih, masukkan serbuk agar2 bersama gula. kacau hingga kedua-dua bahan larut.
  3. Setelah bahan tadi larut, masukkan bancuhan tepung dan kacau. Kemudian masukkan pula telur yg telah dipukul bersama mentega tadi. Kacau sebati dan tapis adunan.
  4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampur dengan serbuk koko.(serbuk koko dibancuh dengan sedikit air panas). kacau sebati. 1 bahagian lagi biarkan warna asal.
  5. Sendukkan 1 bahagian koko ditengah loyang, diikuti 1 bahagian warna asal di atasnya. Ulang hingga habis. Sejukkan di dalam peti sejuk. * Acuan loyang terpulang kepada individu.
Note:
Resepi asal menggunakan sukatan gelas.
1 gelas=240ml.Guna gelas yg sama untuk semua sukatan

14 comments:

geraugebang said... Balas

Salam kenal dari kak gerau. cantiknya. Kalau buat makan sedap, kalau buat tudung cantik. belang-belang la.

Nida said... Balas

Salam
Klu serbuk koko tu digantikan dengan milo sedap tak ek?

LOVE2COOK said... Balas

Whoa, sekali pandang dah tau confirm sedap! Aisey dah abis erk? kikiki!

Cantik sungguh puding akak tuh! ;)

lina_pg said... Balas

geraugebang> salam kenal kak,terima kasih sudi sggh blog sy, nnt dtg lagi ya

nida> klau tuko ngan milo, kna kurangkn gula lg kot sbb tkut manis sgt lak,sy guna choc emulco.

love> heh..heh..cedap love..dah abess la hik3..

Teika Kawashi said... Balas

Cantik tul..puding tu..sedap je nmpak. Nak salin resepi jap..

lina_pg said... Balas

teika kawashi> sain jgn tak salin, jgn lupa buat tau mmg sedap..

Sheila said... Balas

salam Lina pg-
wahhh cantik tu puding belang...sdp ni mkn sejuk2..akk nak try lah buat...tq sharing resepi yeeee

lina_pg said... Balas

kak sheila> salam, sedap puding belang ni,cuba la kak hrp2 kna ngan taste.

kak rosaliza said... Balas

salam dik..cantik je puding zebra tu, n sedap pulak tu. nnt akak pg png mesti buat ya puding ni

lina_pg said... Balas

salam, heh..heh..belang2 agak garang sket..alah akak pun tau buat puding ni

irene said... Balas

Salam..
carik2 resepi puding marble terjumpe blog akak nih..
sy nak tnya lepas sendukkan 1 bhgian koko ke dlm loyang tu..kena tnggu adunan beku sket dulu ke baru sndukkan 1 bhgian warna asal tu?
klu lepas je sndukkan warna koko pastu truskan sndukkan adunan warna asal aduanan tu xkan bercmapur ker?sy tgo puding akak cantik n kemas jer coraknyer.ape tips2 nyer?tq

lina_pg said... Balas

Irene> salam,puding ni cepat beku,ms me'marble' tuh kna cpt2,sendukkan warna asal letak kt tgh loyang,pastu sendukkan warna koko lak letak kat ats lapisan tadi,ulang sampai adunan abess...

syhnm said... Balas

Salam, cantik marble tapi nk tanye 1 gelas? Besar mana gelas?

lina_pg said... Balas

syhnm> wslm..1 gelas = 240ml.

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...