Sunday, May 16, 2010

Labu Masak Lemak Putih Wif Suhun

Salam,
Panjang beno nama nak nyebutnya....menu lunch merangkap dinner utk hari sabtu.Sayur labu  dan ikan goreng...hmm kalau ada ulam-ulaman cicah budu lagi la terangkat..tapi budu dah abes lak...Aku ni malas nak mengarang panjang2, meh la tengok resepi ;
Bahan-Bahan:
  • Setengah biji labu kuning ( sy guna yg kecik jer )
  • 1 batang karot ( potong bentuk baji )
  • 5 ulas bawang merah ( tumbuk )
  • 2 ulas bawang putih ( tumbuk )
  • 2 sudu makan udang kering ( tumbuk )
  • 1 biji cili merah ( ptong serong )
  • 1 labu bawang besar ( dihiris )
  • 2 cawan santan pekat ( sy gn 1 paket santan S&P)
  • 2-3 cawan air
  • Sedikit suhun
  • Garam & serbuk perasa
Cara-Cara:
  1. Satukan bahan tumbuk, labu, karot dan air ke dalam periuk, Kacau sekali sekali hingga labu dan karot agak lembut.
  2. Masukkan santan pekat, kacau hingga mendidih
  3. Masukkan bawang besar, cili merah dan suhun. Kacau sebati. 
  4. Masukkan garam dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa. Tutup api. Dah siap


IKAN GORENG 

Ha..ha..ikan goreng bodoh pu nak interprem gak ke? apa-apa je la...

4 comments:

AdryDaud said... Balas

Salam, best tu sayur lemak buah labu. Kalu sayur lemak pucuk labu lg best kn. Ikn goreng tu pn best kalo digoreng garing.

lina_pg said... Balas

Adry> pucuk labu susah nak dapat..klau pagi2 pi mrket ada la kot..ni labu petik kt sshine jer hu..hu..

fuzidss said... Balas

nak buat laa malam ni

lina_pg said... Balas

fuzidss> cuba la sedap tau...

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...