Tuesday, May 18, 2010

Speghetti Bolognaise

Salam suma,
Betul ke spelling aku tu..hentam je la...speghetti ni dah lama anak2 minta, mmg peberet depa pun cuma mama depa jer malas nak wat...hujung minggu lepas gi shop'g kat SunShine mana2 blogger area penang msti tautempat tu..apa lagi abanglong terus sambar speghetti..aku pun beli la bahan2 lain semangat berkobar2 nak wat speghetti...entah camana lak bleh terlupa nak beli daging kisar @cincang. Hmm apa lagi aku taram jer ngan sardin cap ayam hu..hu.. menjadi gak speghetti aku..licin anak2 aku makan..kat sini aku kongsikan resepinya, kalau ada yg berminat bleh la cuba:
Bahan-Bahan:
  • 250gram speghetti - (saya guna brand San Remmo Vermicelli )
  • 1 tin sardin size sederhana ( saya guna ayam brand 230g) - hancurkan isinya
  • 1 labu bawang besar ( dadu)
  • 1 biji tomato ( dadu )
  • 2 ulas bawang putih diketuk )
  • 8-10 sudu makan Prego Pasta Sos ( sy gn yg Traditional )
  • 1-2 sudu makan sos tomato
  • 1-2 sudu makan sos cili
  • Garam & gula@serbuk perasa
  • Olive oil / myk masak
  • Air
Cara-Cara :
  1. Panaskan air untuk merebus pasta , masukkan garam dan beberapa titik minyak. Bila air mendidih, masukkan pasta. Rebus hingga pasta lembut @ betul2 masak.
  2. Tumiskan bawang besar & bawang putih hingga wangi dan sedikt layu. Masukkan tomato tumis lagi..
  3. Masukkan sardin (sekali ngan kuah ), sos prego, sos tomato dan sos cili.Kacau sebati
  4. Tambah sedikit air jika perlu. Masukkan garam, gula@serbuk perasa. Sesuaikan rasa. Tutup api
  5. SeLaMaT MeNcUbA
Kalau suka bleh la boh daun pasley cincang, sy xboh sbb anak2 tak makan pun
Sori la kualiti gambo tak memuaskan, snap cepat2 sbb kamera nak abes bateri hu..hu..

6 comments:

ijayuji said... Balas

Salam kak lina! lama tak singgah sini, akak sihat ke?, sedap kan kalau dpt makan spaghetthi sardin, almaklumlah sardin kan sedap ehehe...

lina_pg said... Balas

ijayuji> salam,akak sihat..hmm..kalau yg suke sardin, msk camana pun sardin ttp sedap kan?kan?

wany said... Balas

pandai yer masak spaghetti..

ezzyra said... Balas

wow...sdapnya...

lina_pg said... Balas

wany> speghetti sardin je tu..he..he..he

lina_pg said... Balas

ezzyra> seedaapp...rugi x sempat makan...

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...