Sunday, July 29, 2012

Siakap Tiga Rasa

Assalamualaikum.
Sedar tak sedar dah semiggu lebih kite semua menjalani ibadah puasa.Begitu cepat masa berlalu.Bagamana dengan persiapan menyambu lebaran?baju anak2 dah ready ke?Kam bercadang jap lagi pi shopping jap cari baju budak2.
Hmm..berbalik pada n3 ari ni, Siakap Tiga Rasa ni kes tergoda ngan kak rosa n kak zila yang anto repot kat myR.Kemarin dengan semangat waja gi la Teso cari ikan siakap.Seb baik ada yang bersaiz kecil.Kalau suma besar gedabak, pakai xmuat la kuali cheq..bukan takut xabes hahaha.Resepi ni saya dah kongsikan kat dapur myR boleh rujuk kat sana atau kat blog TMK ni
kali saya tumbuk sbb ada asistan kecik yang rajin menolong..n tambah sket hiris nenas

SIAKAP TIGA RASA
sumber: linapg.blogspot.com

Bahan-bahan 

  • 1 ekor ikan siakap (apa2 jenis ikan pun boleh)
  • 5 biji cili hijau (dikisar)
  • 2 biji cili merah (dikisar)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 biji tomato (dikisar)
  • 3 batang serai (dikisar)
  • 1cm halia (dikisar)
  • 1 biji cili merah (dipotong serong)
  • 1 biji cili hijau (dipotong serong)
  • Daun ketumbar (dihiris)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan tepung jagung 
  • Sedikit hirisan nenas
  • Garam + Kunyit
  • Minyak
  • Air

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan, lumurkan dengan garam kunyit dan tepung jagung.Goreng hingga garing dan ketepikan
  2. Tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan sos tiram kacau lagi.
  3. Masukkan air ikut citarasa (jika ingin berkuah, lebihkan air).Tunggu hingga kuah mendidih.
  4. Masukkan cili merah, cili hijau dan daun ketumbar.Kacau sebentar.Tuangkan kuah ke atas ikan.
  5. SELAMAT MENCUBA

7 comments:

Mamasya said... Balas

Slmt berpuasa Lina sekeluarga. siakap 3 rasa mmg menambat rasa....letak nenas tu buat lagi sedap..

EmbunRosaliza said... Balas

Assalam akk pun buat lagi sekali siakap 3 rasa ni lps hantar report kat myr tu, anak2 mmg suka jenis bersambal mcm ni, kejap je licin habis

baby lydia said... Balas

akk nk try weekend ni.nyum2..

Fadzli Amir said... Balas

Salam kenal....siakap tiga rasa memang best la....

Norzie hany said... Balas

Saya mmg suka kalau masak siakap tiga rasa bubuh hirisan nenas sikit,sedap masam2 manis gitu.

lina_pg said... Balas

To all> thanks sudi tinggalkan komen

Norzie hany said... Balas

Assalam Lina.
Sis dah cuba resepi lina ni,ermmm sedap sekali.
Mohon cnp resepi ni ye.Tq

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...