Tuesday, October 29, 2013

Sayur Peria Goreng

Assalamualaikum..
Ada yang makan peria tak?Bagi sesetengah orang tak suka makan peria sebab rasanya yang agak pahit tu.Tapi agak jugak yg suka.Bagi penggemar Peria bolehlah mencuba resepi kali ni,Sangat mudah, ringkas sedap dan paling penting berkhasiat.Kepada yang suka rasa pahit peria tu, boleh direndam sekejap dengan air garam ya.InsyaAllah rasa pahit akan hilang/kurang.Tapi bagi saya kalau makan peria, pahit pun takpa..Pahit tu kan ubat.Bagi yang mengalami masalah gout, sangat disarankan pengambilan makanan pahit seperti peria ni.Lagi bagus kalau guna peria katak.Saya suka peria yang panjang tu, tp bila pi ke Mydin peria panjang macam tak fresh..amek ajerlah peria katak dalam 5-6biji camtu.Cik abe kite suka makan peria ni.
Kali ni sayan tambah celeri, harum jer bau..time makan dok krup krap krup krap..memang sedap.
SAYUR PERIA GORENG
By : LiNa Pg

Bahan-Bahan:
5-6 biji peria katak
1 biji cili merah (dipotong serong)
1 biji telur
3 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
1 biji cili merah (ditumbuk/dikisar)
1 batang celeri (Hiris)
2 sudu makan udang kering (ditumbuk/dikisar)
1/2 kiub ikan bilis
Garam
Air
Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Peria dibelah dua, buang biji dan dihiris nipis. Rendam peria dengan air garam. (Saya masukkan 3-4 sudu kecil garam ke dalam air dan rendam selama 20minit.Tujuannya untuk mengurangkan pahit buah peria).Bilas dengan air biasa, kemudian toskan.
  2. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi dan garing.
  3. Kemudian masukkan peria dan celeri ke dalam kuali.Kacau sebentar
  4. Masukkan telur (yang telah dipukul sedikit dengan garfu).Kacau lagi.
  5. Masukkan kiub ikan bilis.Kacau sebentar sehingga peria sedikit layu.
  6. Akhir sekali masukkan cili merah, kacau sebentar.Tutup api.Dah siap.SELAMAT MENCUBA

6 comments:

Acik Erna said... Balas

assalam lina..suami acik suka betul dengan peria ni..dua2jenis tu dia suka..kadang goreng.kadang masak lemak cili api ngan udang..

mama sara nur said... Balas

Akak suka peria ni sedapp
Dan lg satu kan bagus utk kesihatan he hee
Peria katak biasa wat ulam cicah sambal
Pahit tp ada penawar yg bagus

zila norazila said... Balas

Fav zila jgk lin..cicah smbl pun sedap..celur cmtu jew.

Kenari Putih said... Balas

Sedap nampak sayur peria katak ni, makan panas2 ni memang sedap ni. Kalau dah sejuk maybe xberapa sedap bagi saya. Hihi. Nant pahit peria ni serlah masa dia sejuk. Hehe

Amie said... Balas

Hai Lina.... kak Amie memang peminat tegar peria, apa jenis peria semua boleh masuk. Lupa dah peria tu pahit... sebab dari kecik memang kerja kak Amie petik peria katak ha ha ahhah.

Mamasya said... Balas

Aslmkum Lina

sayur peria sesekali ms kat Msia masak goreng juga. itulah wpun pahit2 sikit kalau utk ubat elok dimakan.
re; terung putih sikit keras bgh luar berbanding terung ungu. itu yg tahan lama...

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...