Monday, November 25, 2013

Resepi Ayam Maharani Lagi

Assalamualaikum...
Siaran ulangan Ayam Maharani...lauk ni dimakan ngan Nasi Pilau Pakistan aritu..Walaupun ulang siar tp letak gak la resepi bagi meriah sket hehe..
Okey malas nk bebel....terus ajerlah semak resepi
Gambar dari enpon jer neh..suma set nasi Pilau dari enpon sahaja..
RESEPI AYAM MAHARANI
Original : Chef ASma Laily
Sumber : LiNa Pg

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil, cuci dan toskan hingga kering
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
garam secukupnya

Bahan2 kisar A:
5 labu bawang besar (LiNa Pg gn 2 labu)
10 biji lada hijau (LiNa Pg guna 3 biji)
5 biji lada merah (LiNa Pg gn 3 biji)
1 biji tomato ( LiNa Pg dadukan saja)
1 sudu makan tomato puree
1 sudu makan pes halia & pes bawang putih (LiNa Pg gn 3 ulas bawang putih-blend)
1 sudu makan rempah kari daging/ayam
1 sudu makan rempah beriani

Bahan2 kisar B:
1/4 cawan yogurt (LiNa Pg xletak xdak stok)
1/4 cawan santan (LiNa Pg guna sekotak 200ml)
1 cawan air
10 biji gajus (LiNa Pg gantikan ngan serbuk badam)

Bahan2 C:
2 helai daun bay (LiNa Pg gantikan ngan daun pandan)
5cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga (LiNa Pg gn 1biji jer)
1/2 cawan daun pudina - dihiris
1/2 cawan daun ketumbar - dihiris
1 genggam bawang goreng (LiNa Pg xletak)

garam & gula secukup rasa
minyak

cara:
ayam digaul bersama serbuk kunyit, serbuk lada hitam dan garam
selepas itu digoreng setengah masak. angkat dan ketepikan
panaskan minyak dan tumiskan daun bay, kulit kayu manis dan buah pelaga hingga wangi
masukkan bahan2 kisar A dan tumis hingga hampir garing
tuangkan campuran bahan2 kisar B dan bubuh garam & gula secukup rasa
kacau rata dan biarkan mendidih
tambah air jika terlalu kering
masukkan ayam, gaul rata dan masak dengan api perlahan hingga ayam empok dan naik minyak
padamkan api dan taburkan daun pudina, daun ketumbar dan bawang goreng (ramas sebelum ditabur)
jangan digaul. kacau rata sebelum dihidangkan

note: lebih sedap jika dimasak malam sebelumnya kerana rempahnya akan jadi lebih sebati..

14 comments:

Amie said... Balas

Walupun gambar dari enpon tapi jelas Lina, cantik & nampak menyelerakan!

Sarah Talib said... Balas

nampak sedap jer...nampak sedap jer...tak boleh tahan..lapaq2

Sue @ Nenie said... Balas

Assalamualaikum Kak Lina...bagus tu kak walau dah berulang2 post sebab kadangkala klu orang2 yang tenet ia cam siput taklah banyak sangat masa digunakan untuk klik sana sini cari link... apa2 pun ayam ni nampak menarik, patutlah yang tukang buat pun tak jemu masak lagi dan lagi dan lagi

Yatie Mokhtar said... Balas

as salam...sedapnye....dah lapar semula tengok ayam tu...mmmmmm

Chik Mimi said... Balas

Na nampak sedap ayam maharani tu bersalut dengan kahnya

LiNa_Pg said... Balas

@Amie
Bila nk cepat capai apa ajer yg dekat kak amie..janji ada gambar haha

LiNa_Pg said... Balas

@Sarah Talib
sedap la kat tekak kami ni sebab tu ada siaran ulangan hehe

LiNa_Pg said... Balas

@Sue @ Nenie
wslm nenie..menu ulang siar..cuma kali ni rajin snap gambar..

LiNa_Pg said... Balas

@Yatie Mokhtar
Cubelah yatie..resepi nmpk panjang tp senang aje tu

LiNa_Pg said... Balas

@Chik Mimi
kak mimi..kalau yg ni lauk 'tunggal' cheq suka berkuah sket, tp kali ni ada geng ngan kari pakistan yg agak berkuah dah tu..yg bg berpalut jerr

Umie Jazz said... Balas

Assalamualaikum lina X kiralah gamba dri Hp ke mmg nmpk menyelerakan...nnti bole saya cuba...tkasih

tun_telani said... Balas

Salam kak lina.. wahhh.. panjang betul ingredients dia. mmg kene amik aura rajin baru blh wat nih :)

Acik Erna said... Balas

assalam lina..teringin jugak acik nak mencuba ni..
tapi tunggu anak balik la lepas abis pekse ni

hanif mohd said... Balas

Nk try buat lah Rye ni.... Tq...

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...