Monday, March 3, 2014

Resepi Ayam Berkuah Sos Cili

Assalamualaikum...
Apabila kebuntuan dalam mencari hidangan untuk keluarga, mulalah saya meminta pertolongan pakcik gugel...Pening jugak memikirkan menu ayam untuk anak2.Kadang2 bosan jugak asyik rotate menu ayam yg sama.Bila kari ayam dah keluar, kicap pedas karipoley pun dah...saya cube plak ayam shosha....semuanya ayam...Adeh hidangan apa lagi yg sesuai untuk anak2.Tambahan pulak si kecil yg cerewet teramat tu..pedas sket jerr terus takmo makan...Akhirnya pencarian menu yang sesuai terhenti di SINI  memang sangat sesuai rasanya...Tak pedas dan ada kuah senang citer.Resepi pun mudah saje.Terima kasih pada yg empunya resepi.Izinkan saya panjangkan kat sini pulak.
Suka kuah pekat2 camni..kalau yg suka pedas bleh tambah cili padi (ketuk sket)saya punya ni letak camtu jer (tanpa ketuk) nk makan br picit2kan bg rasa pedas manja2

RESEPI AYAM BERKUAH SOS CILI
Olahan : LiNa Pg

Bahan-Bahan 
  • 1 ekor ayam - potong 12
  • 1 labu bawang besar (blend)
  • 2 ulas bawang merah (blend)
  • 2 ulas bawang putih (blend)
  • Sedikit lengkuas (blend)
  • 2 sudu makan cili giling
  • 1 biji telur (dipukul)
  •  Sos cili maggii secukupnya
  • 1/2 batang carrot (optional)
  • 3 batang baby corn (Optional)
  • Tomato ceri
  • 6 biji cili padi
  • 1 kiub ayam
  • Garam & serbuk perasa secukupnya.

Cara masak:

  1. Panaskan minyak..tumiskan bahan2 yang telah diblend tadi hingga naik bau... masukkan cili giling tumis hingga pecah minyak. 
  2. Kemudian masukkan pula ayam, gaul sebati dengan bahan tumisan.Tambah sedikit air (jika perlu)Kacau sekejap hingga ayam kecut.
  3. Masukkan pula carrot,baby corn dan juga kiub ayam.kacau sebati..kalau nak kuah lebih sikit,tambah kan air.
  4. Bila ayam hampir masak, masukkan sos cili.Akhir sekali masukkan telur,kacau cepat2 tau supaya telur tu tak berketul2
  5. Sesuaikan rasa.Tambah garam & serbuk perasa jika perlu. Masukkan tomato ceri dan cili padi (nak pedas ketuk sket cili padi tu). Biarkan mereneh sebentar hingga kuah pekat dan ayam masak.Tutup api.

5 comments:

che mid said... Balas

Oh MESTI cuba ni..anak bujang Che Mid, tak dak ayam tak boleh hidp punya orang..boleh le cuba resepi ni. yang speselnya ada telor kan...

saja je tau, letak cili api tu bertenggek atas tuuu..

LiNa_Pg said... Balas

@che mid
Kalau anak suka makan ayam, memang naik pening kan nk cr rcp..

Bbwana adienia said... Balas

assalamualaikum kak lina..

em, seleranya tengok ayam tu..menu nampak best ni..nak jugak kak..huhu..

Hafizah Mohamad said... Balas

Salam kak..sedapnya kak...nanti blh la try...=)

Chempaka Nur Aida said... Balas

Dah cuba...sonang je la...habis di mkn.. thanks..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...