Thursday, November 5, 2015

Resepi Ayam Kapitan Sedap Selamanya

Assalamualaikum...
Bila tinggal ayam dan kambing ajer dalam peti ais, mulalah buntu xtau nk masak apa..Memula plan nk masak resepi baru...pastu x jadi pulak..Sudahnya menu ulang siar kih..kih..kih..Tak tau dah berapa kali buat Ayam Kapitan ni..yg ualng tayang dalam blog pun berkali2 dah...yg tak ter'snap' gambar pun banyak kali gak...Mau tau sedap ke dak kan?Ekceli anak2 saya suka lauk camni sebab depa nak cicah roti pulak..Lagipun resepi ni senang jer..Untuk versi yg terdahulu boleh tengok SINI SINI SINUN dan yg paling lamaaaa kot kat SINI
Kuahnya mmg pekat2 camni..xsuka santan boleh jer guna susu cair..tadak hal punya.

RESEPI AYAM KAPITAN
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.com/)

Bahan A (Kisar)

  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 6- 7 biji Cili Merah ( LiNa Pg gn 2 biji cili hijau dan 3sb cili giling )
  • 1inci lengkuas 
  • Sedikit Serbuk Kunyit (LiNa Pg gn serbuk saffron)
  • 1/2 cm halia (LiNa Pg tambah rcp asal xde )

** Semua bahan di atas dikisar kecuali serbuk kunyit.

Bahan B

  • 1/2 ekor ayam dipotong ikut suka 
  • 200 ml santan
  • 50 ml susu cair
  • 4 sudu besar air asam limau nipis (LiNa Pg gn jus limau kasturi)
  • 1 batang serai ketuk
  • garam dan gula secukupnya
  • Minyak
  • Air

Cara-cara :

  1. Tumis bahan kisar, serbuk kunyit dan serai hingga naik bau. 
  2. Masukkan ayam dan gaul, biar hingga ayam empuk.
  3. Kemudian masukkan santan dan susu cair. Biarkan hingga mendidih. 
  4. Masukkan garam, gula dan air asam limau tadi. Kacau sentiasa.
  5. Sesuaikan rasa, apabila ayam empuk,renehkan seketika biar kuah agak pekat.
  6. Tutup api,Sedia dihidang

Mujur ada pudina tu jadi penyeri..kalau tidak..ayam togel jer la

No comments:

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...