Tuesday, June 14, 2016

Kepak Ayam Madu Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Kalau bulan puasa ni, kepak ayam sangat laris dijual di Bazar Ramadan..harga pun boleh tahan jugak kan?Pastu siaplah kena beratur panjang tggu Q ngn baju bau asap bagai...meh sini saya kongsikan resepi Kepak Ayam Madu yg mudah dan sangat sedap.Sebelum ni pun dah pernah buat banyak kali.Tp terajin pulak tepek resepi hihiii..Ayam Madu ni kalau diratah pun sedap.Cuma kali ni saya buat untuk makan bersama Nasi Ayam..memang sedap terangkat.Tapi sayangnya saya x sempat nk snap nasi ayam madu yg complete platig sebab kelam kabut ngn berbuka puasa.Mujurlah Kepak Ayam Madu sempat jgk disnap cun2 hehee...Jom kita semak siaran ulangan ni.
Sticky Caramel Chicken Wings
Kepak ayam madu...ratah pun sodap..makan panas2 lagi sedap

Kepak Ayam Madu Semudah ABC..Jom kita tengok langkah demi langkah mudah ni

  1. Tumis bawang putih+halia+daun pandan bersama sedikit minyak hingga garing.
  2. Masukkan ayam,kacau hingga ayam kecut (berubah menjadi putih)
  3. Masukkan campuran sos,gaul sebati.

4.Tutup periuk dan kacau sekali sekala.
5.Kepak ayam semakin cantik kelihatan golden brown
6.Tunggu sekejap lagi hingga warna jadi macam ni...dah siap
Nasi Ayam yg dipadankan dengan Kepak Ayam Madu

RESEPI KEPAK AYAM MADU (STICKY CARAMEL CHICKEN WINGS)
By : LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Asal : Mutiarazura (myR) 

Bahan-bahan ( 24 keping ) 

  • 12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24) 
  • 2 sudu besar minyak masak 
  • 3 ulas bawang putih- (LiNa Pg kupas kulit dan tumbuk kasar) 
  • 1 sudu besar halia dicincang (LiNa Pg gn 3 hiris-tumbuk kasar) 
  • 1 sudu besar sos ikan 
  • 1 sudu besar kicap manis 
  • 1 sudu besar sos cili 
  • 1/4 cawan (60ml) madu 
  • 1 sudu besar sos tiram (LiNa Pg tmbh, rcp asal xde) 
  • 2 helai daun pandan simpul (LiNa Pg tambah-rcp asal xde) 

Cara-Cara 

  1. Panaskan minyak dalam kuali.Tumis bawang putih+halia yg telah ditumbuk kasar dan juga daun pandan tumis hingga naik bau. 
  2. Masukkan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
  3. Masukkan semua sos, madu dan daun pandan simpul.Kacau sekejap.
  4. Kemudian tutup kuali.Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos). 
NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat




1 comment:

Nooriah Abdullah said... Balas

Kalau kepak dibuat mcm ni 2kg pun boleh habis kalau dpt kt anak2 Lina mmg part yg paling suka ni

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...