Monday, August 8, 2016

Kuah Laksa Guna Sardin Tin Mudah Cepat Dan Sedap

Assalamualaikum
Dah lama sebenarnya nk buat laksa penang ni.Tp bimbang anak2 kurang makan ulang2..kang penat jer mama dia.Kalau makan kt gerai tu xpe la sebab 1 mangkuk kecik mmg abes.Tapi kalau buat seperiuk tu aduhai jenuh jugaklah kan?Tambah plak dgn leceh nak perisi ikan lagi.Bila saya ternampak posting kuah laksa guna sardin tin ni terus terdetik nk cuba..Dah study resepi tgk alahai senang sangat.Tak sampai setengah jah dah siap semuaya.Tapi nk dijadikan cerita, tengah semangat nk buat laksa, bunga kantan plak xde.Daun kesum dah dibeli.Jenuh cari merata tempat.Cam terbantut plak niat.Sudahnya beli kat mydin seberang perai.Mahal gak la RM5 2 kuntum saiz comey jer.Mujurlah daun kesum tu masih segar.Nama ajer laksa tapi saya menggunakan pasta angel hair senang kije.Lagipun stok pasta sama ada spageti atau angel hair mmg sentiasa ada.Anak2 kata lagi sedap sebab halus2 dan kuah tu bersalut dengan angel hair.
 Kuah laksa yang mudah,cepat disediakan yang penting sedap

KUAH LAKSA SARDIN

Bahan A 

  • 1 peket laksa kering(rendam 1jam-rebus hingga empuk dan toskan (LiNa Pg guna1/2 paket pasta angel hair (rebus hingga al dente)
  • Secekak daun kesum
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 8 keping asam gelugur
  • Garam dan gula/perasa secukup rasa

Bahan B (Kuah)

  • 1 tin besar sardin (ambil sosnya sekali)~LiNa Pg gn saiz medium
  • 1 labu bawang besar  
  • 1/2 inci belacan  
  • 8 tangkai cili kering (LiNa Pg potog serong dan rebus hingga lembut)   
  • 4 cwn air + 6 cawan lagi (atau secukupnya)

Bahan C

  • Timun - dihiris seperti mancis
  • Bawang besar - dihiris nipis
  • Telur rebus
  • Hirisan cili padi
  • Limau nipis/limau kasturi
Cara-Cara
  1. Kisar halus semua bahan B (untuk kuah) dan tuang kedalam periuk.
  2. Lebihan sisa bahan kisar dalam blender di tambah dengan 6 cawan air dan curah dalam periuk.
  3. Masukan daun kesum, bunga kantan, 8 keping asam gelugur dan garam secukup rasa.
  4. Bila dah menggelegak dan sesedap rasa,bolehlah di matikan api.Ikut kepekatan kuah yang anda suka dan hidangkan laksa dengan bahan-bahan sampingan yang lain.

Kuah laksa sardin dari dapur TMK

7 comments:

adda syuhada said... Balas

menariknya

LiNa_Pg said... Balas

Cepat siap..sedap pulak tu hahaa

Juls Julie80 said... Balas

wahhh..nampak menyelerakan..

pernah dgr org buat guna sardin tp x berani nak cuba sblm ni sebab takut kuah @ rasa dia hanyir.. lps ni bleh la try buat..hihi

LiNa_Pg said... Balas

@Juls Julie80
Masa blend tu ada bau siket..tp bila dah rebus dan masukkan daun kesum+bunga kantan terus bau sedap...hilang terus bau sardin...aroma kuah laksa jer bangkit

Zaila Hafni said... Balas

Saya pun suka buat laksa! Anak-anak pun suka ulang makan cuma yelah bab nak perisi ikan tu memang fikir 2-3 kali. Tapi tengok Puan Lina guna sardin tin dan pasta tu buat semangat balik nak buat laksa sebab senang!
Terima kasih kongsi cara mudah buat laksa ni ye 😊

LiNa_Pg said... Balas

Yg ni paling senang...cepat.Sedap plak tu..

Blog FastCare said... Balas

Nice i hope you will have many post like this
--------------
i'm providing thay man hinh Xiaomi service, special thay man hinh Xiaomi mi4. Contact with me

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...