Tuesday, June 6, 2017

Biskut Nestum Permata Hati Rangup Dan Sedap

Assalamualaikum...
Dah stat membaking kukis ke kawan2.Ekceli LiNa Pg belum lagi buat kukis raya.Resepi ni dibuat awal nuuuu bulan Mac lagi untuk mengisi ruangan Bumper Biskut Raya Majalah Saji Edisi Istimewa Aidilfitri 2017.Ada 10 resepi semuanya.Nanti saya akan kongsikan satu persatu, kena tunggu Q sebab banyak resepi yg tersimpan dalam folder.Tuan tanah jer kebizian, lps ni bz dengan tempahan kek pulak.Tambahan Projek dgn Yeo's masih on going.Resepi Biskut Nestum ni sangat mudah, boleh minta anak2 tolong terap/buat bulat2 sambil letak ceri.Seronok la depa dapat isi masa lapang cuti sekolah ni.Saya kalau yg nk makan sendri okey jer kalau anak2 campur tangan.Tapi kalau yg tempahan memang BIG NO la anak2 kacau saya membaking hahaa..strict tul mama depa ni.Untuk yang tercari2 resepi biskut raya boleh masukkan Resepi Biskut Nestum Rangup ni,sedap tau mudah pulak nak membuatnya.Okeylah jom kita semak resepi Biskut Nestum 
ni kes malas nak terap, saya gentel bulat kemudian leperkan sedikit letak ceri.Kira setel hahaa..
BISKUT NESTUM PERMATA HATI
Bahan-Bahan
  • 100 gram mentega
  • 1/3 cawan gula kastor (LiNa Pg gn gula perang)
  • 1 cawan tepung rose (boleh ganti dengan tepung gandum)
  • ¼ cawan tepung jagung
  • 1 biji kuning telur
  • Sedikit esen vanila
  • 1 cawan nestum (ramas sedikit supaya hancur)
Hiasan
  • Telur kuning
  • Ceri
  • Nestum
Cara-Cara
  1. Ayak tepung gandum bersama tepung jagung.Ketepikan
  2. Pukul mentega dan gula hingga sebati
  3. Masuk kuning telur dan esen vanilla.Pukul lagi
  4. Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh.Akhir sekali masukkan nestum (3/4 cawan sahaja) simpan sedikit untuk hiasan
  5. Bolehlah dicanai dan terap mengikut acuan kegemaran.LiNa Pg hanya buat bulat-bulat kemudian leperkan sedikit.
  6. Sapukan dengan kuning telur, hias dengan potongan ceri dan nestum.
  7. Bakar hingga masak(suhu terpulang kepada oven masing2) LiNa Pg bakar suhu 160’C selama 30min.Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu.
  8. Setelah masak,alihkan ke redai biar sejuk sepenuhnya.Simpan dalam bekas.
Alang2 tayang sekut raya ni..kalau korang nak melaram raya nanti, boleh la mengorder set cantik di hari lebaran ni.Sangat berbaloi tau dengan produk Mamadil ni..mampu milik dan tahan lama.Paling best mesra wuduk.Basuh dengan air pun hilang
Saya seorang yang sangat simple.Tak suka make up tebal.Penjagaannya cukup ringkas, hanya guna sabun lepas tu pakai foundation. Tak perlu toner bagai.Kalau nak jalan2 atau kenduri saya pakai bedak tu.Kalau biasa2 hanya pakai foundation jer.Lipstik tu saya pakai no.3.Calit sket2 jer..warnanya berubah mengikut darah kita.Kalau nk order, boleh contact no ni

2 comments:

adda syuhada said... Balas

sedapnyer...

Phong Hong said... Balas

Bestnya, Lina! PH suka cookies yang ada Nestum atau cornflakes. Sedap sangat! Mesti pergi Nestum lepas ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...