Sunday, June 4, 2017

Ikan Senangin Goreng Berlado Sangat Mudah dan Sedap

Assalamualaikum...
Ikan goreng berlado ni bukan menu hari ni tau..Juadah berbuka hari Jumaat lepas, ni versi kelam kabut snap pun guna hp gambar kucar kacir jer.Saja nak tepek jugak sebab Ikan Goreng Berlado ni dimasak oleh my doter nisa.Hari tu dia pernah buat Siakap Goreng Berlado dengan sedikit tunjuk ajar mama, kali ni bagi dia buat sorang2.Alhamdulillah lulus..abah pun kata sedap hehee
Saya ni mmg sempoi jer, tadak la nk posing bagai nak rak.Posing cantik2 tu kalau ada masa.Kalau x sempat, hp pun jadi hahaa..Asalkan nampak rupa kepingan ikan tu kan
RESEPI IKAN SENANGIN GORENG BERLADO
By Malina LiNa Pg linapg.blogspot.com
Bahan Bahan
  • 8 keping ikan senangin/apa kepingan ikan yg sesuai
  • 1 labu bawang besar 
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • Garam+kunyit
  • Minyak
Cara Cara
  1. Ikan dibersihkan perasakan dengan garam kunyit.Goreng hingga masak ketepikan
  2. Bawang besar, bawang merah, bawang putih dan cili merah dikisar kasar (tak hancur/halus sangat)
  3. Tumiskan bahan kisar hingga terbit minyak, masukkan sos tiram dan sos tomato.Kacau sebentar.
  4. Masukkan kepingan ikan yang telah digoreng, gaul sebati.Masakan berlado ni xyah masukkan air.Mmg pesen kering2 cenggini.
  5. Dah siap.Boleh hidang.Senang jer kan.Budak form 3 pun boleh buat ni

2 comments:

Sheila Adziz said... Balas

sedapnya kak lina... berselera mkn ni

LiNa_Pg said... Balas

Alhamdulillah sedappp..anak kak lina yg buat ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...