Thursday, June 22, 2017

Magic Cookies/Biskut Bubble Rice Resepi Mudah Tak Perlu Bakar

Assalamualaikum..
Hari ni LiNa Pg nak kongsikan satu resepi biskut/cookies yang sangattttt mudah,rasanya sedap dan rangup.Hanya 2 bahan digunakan untuk menghasilkan Biskut Bubble Rice ni sebab itu saya namakan sebagai magic Cookies.Paling best tak payah bakar, tak perlu guna mixer.So, kalau yang xde oven, xde mixer no worries still boleh buat cookies cuma kena rajin dan cari alternatif jer.Ok jom kita semak resepi
Bubble rice yang warna coklat atas kain lapik/alas tu yea..kalau ada yang xkenal.Bubble rice ada 2 jenis,  warna putih.LiNa Pg gun yg warna coklat.Saja letak dalam kon biskut nk bagi nampak vogue sebab resepi ni saya kongsikan untuk majalah.Kalau untuk makan2 boleh letak dalam papercup ata sudukan terus ke dalam dulang supaya keras.

MAGIC COOKIES/BISKUT BUBBLE RICE
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/ 
Bahan-Bahan

  • Coklat Masakan/coklat compound
  • Bubble rice secukupnya

Cara

  1. Cairkan coklat masakan secara double boil.Tutup api
  2. Kemudian masukkan bubble rice kuantiti agak2 bubble rice bersalut dengan coklat.
  3. Sudukan/skopkan ke dalam paper cup/kon biskut.Jika tiada hanya sudukan ke atas Loyang.
  4. Hias dengan coklat rice (jika suka) Biarkan kering (coklat mengeras) bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.
  5. Mudah jer kan?Selamat mencuba

Note
Sesuai untuk yang baru ingin mencuba membuat biskut raya.Tak perlu mixer, tak perlu oven.Hanya gaul sahaja.Biskut sedap dan rangup.Penuh rasa coklat


1 comment:

Phong Hong said... Balas

Lina, dua hari lagi dah nak Raya. Cookies macam ni lah yang PH suka. Tak payah sibuk-sibuk masuk oven. PH nak ambik kesempatan ucapkan Lina sekeluarga Selamat Hari Raya!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...