Sunday, June 18, 2017

Resepi Biskut Badam Rangup

Assalamualaikum...
Hujung minggu pun ada n3 kira luar biasa sungguh hahaa..Ekceli banyak n3 biskut yang tertangguh ni.Tak tahulah sempat update ke tidak, tuan tanah bz dengan tempahan kek dah ni.Okey lah kita update cepat2.Resepi Badam Rangup ni sangat mudah dan sedap pada saya.Dalam dimasukkan sedikit almond nibs, bila makan 22tergigit badam cincang tu hurmm meletops2 dalam mulut hihiii..Okey jom siket semak resepi.
BISKUT BADAM RANGUP
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan
½ buku mentega (125g)
1/3 cawan gula kastor
1 kuning telur
½ sudu kecil esen vanilla
1 cawan tepung gandum
1/3 cawan tepung jagung
¼ cawan tepung kastad
¼ cawan badam cincang(roasted)

Hiasan
Kuning telur+badam

Cara-Cara

  1. Ayak semua tepung dan ketepikan
  2. Gaul mentega bersama gula hingga sebati.Masukkan telur dan esen.Gaul lagi
  3. Masukkan tepun sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh.Masukkan separuh badam (tingga sedikit untuk hiasan)
  4. Taburkan sedikit tepung, canai doh setebal ½ cm.Terap mengikut acuan kegemaran.
  5. Susun ke atas Loyang yang telah disapu mentega dan alas dengan baking paper.
  6. Sapu kuning telur dan hias dengan badam.Bakar hingga masak suhu 160’C selama 25min (suhu bergantung kepada oven masing-masing)

1 comment:

irsah imihar said... Balas

Biskut badam nih memang terpopular esp bila di kampung.. kami siap buat "game" lagi each time buat ziarah... Biskut badam rumah mana yg paling sedap heeee... Salam Aidilfitri ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...